Jom Buat Duit

Friday 10 August 2012

Gambar kahwin Natalie Portman tersebar


ANTARA gambar-gambar perkahwinan Portman dan Milliepied yang tersebar di internet.

NATALIE PORTMAN yang berkahwin dengan tunangnya, Benjamin Millepied pada Sabtu lalu di Big Sur di Los Angeles, ternyata tidak dapat menyembunyikan gambar-gambar hari bersejarah tersebut daripada pengetahuan umum. Ini kerana gambar-gambar yang dirakamkan pada majlis tertutup tersebut telahpun disebarkan.

Menerusi gambar-gambar yang tersebar di internet, Portman kelihatan elegan dan manis dalam gaun pengantin berwarna putih. Perkahwinan mereka berlangsung mengikut istiadat upacara perkahwinan penganut Yahudi. Dia kelihatan tersenyum bahagia sepanjang majlis dan dilihat sangat ceria sewaktu menari bersama Millepied.

"Gaun pengantin yang dipakainya memang cantik. Ia tidak terlalu menjolok mata dan tidak berlebih-lebihan. Malah, Portman masih terbawa-bawa tema gaya hippie yang selalu dekat dengan dirinya dalam majlis tersebut," ujar seorang tetamu kepada Dailymail.

Difahamkan, upacara perkahwinan mereka berlangsung setelah matahari tenggelam dan hanya dihadiri 60 tetamu undangan yang terdiri daripada keluarga dan teman-teman terdekat yang hadir ialah Diane Sawyer dan suami Mike Nichols, Ivanka Trump, Macaulay Culkin dan Rashida Jones.
Biarpun hanya dihadiri 60 tetamu, majlis pernikahan tersebut berlangsung meriah dan akrab.
"Portman kelihatan begitu bahagia. Ia merupakan hari yang indah baginya dan Benjamin untuk diraikan dengan orang-orang terdekat mereka," ujar sumber.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters