KRISTIN memerlukan masa sejam untuk menewaskan ikan keli sepanjang dua meter ini.
LONDON: Seorang wanita menyebabkan teman lelakinya berasa kagum dan
tercabar selepas berjaya menangkap ikan keli gergasi yang lebih berat
daripada dirinya, semalam.
Kristin Hole, 20, memancing bersama Lee Pollard di Oakwood Park di
Thetfofd, Nofolk apabila umpannya dibaham ikan keli seberat hampir 55
kilogram.
Mengakui baru berjinak-jinak dengan aktiviti
memancing sejak beberapa tahun lalu, Kristin berkata, pengalamannya jauh
lebih rendah berbanding Pollard yang memang pakar dalam kegiatan itu.
Ikan keli dipancing Kristin memadamkan rekod ikan air tawar paling
besar pernah ditangkap di Britain sebelum ini - seberat 31.7 kilogram.
Ikan
itu juga mengatasi pencapaian Pollard yang hanya mendapat ikan seberat
18 kilogram dalam kembara mereka selama tiga hari di situ.
Menceritakan pengalamannya sejam bertarung dengan ikan sepanjang 2.1
meter itu, Kristin berkata, ia seperti “menarik sebuah bas.” Kristin
melepaskan semula ikan berkenaan ke tasik sejurus selepas merakamkan
gambar bersamanya. - DM
No comments:
Post a Comment