Jom Buat Duit

Friday 10 August 2012

Neil Armstrong selamat jalani pembedahan pintasan jantung

COLUMBUS: Bekas angkasawan yang menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan, Neil Armstrong, semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung, kata Nasa, semalam.
Armstrong yang berusia 82 tahun Ahad lalu, menjalani pembedahan pada Selasa bagi membuang halangan pada arteri koronarinya.

Memetik kenyataan isteri Armstrong, Carol, NBC melaporkan, bekas angkasawan itu menunjukkan pemulihan yang sangat menggalakkan. Sebagai komander kapal angkasa Apollo 11, Armstrong melakar sejarah dalam sains angkasa lepas apabila berjalan di bulan pada 20 Julai 1969. Dia juga dikenang kerana mengucapkan kata-kata “Itu adalah langkah kecil untuk seorang lelaki tetapi langkah besar untuk manusia” sejurus selepas melangkah keluar dari kapal angkasa dan berjalan di permukaan bulan. Armstrong dan isterinya kini menetap di Cincinnati. Armstrong pernah menjadi juruterbang tentera ketika Perang Korea dan menjadi juruterbang penguji untuk agensi angkasa lepas AS. Selepas menamatkan perkhidmatannya dengan Nasa, Armstrong menjadi penysarah di University Cincinnati di negeri kelahirannya, Ohio. - DM

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters