Jom Buat Duit

Thursday 9 August 2012

Pelacur dakwa didiskriminasi pemilik motel tuntut ganti rugi

CANBERRA: Industri hotel di negara ini digemparkan dengan keputusan mahkamah bahawa seorang pelacur didiskriminasi oleh seorang pemilik motel yang enggan menyewa bilik kepadanya untuk dia melacur.
Keputusan itu mengejutkan pemilik hotel dan motel yang menyangka mereka berhak untuk memutuskan jenis perniagaan yang beroperasi daripada premis mereka.

Pelacur yang dikenal pasti sebagai GK membawa kes diskriminasi menentang Motel Drovers di bandar perlombongan di Moranbah itu ke Tribunal Pentadbiran Awam negeri Queensland selepas pihak pengurusannya enggan menyewa bilik kepadanya.
Peguam motel bertaraf 31/2 bintang itu, David Edwards semalam berkata, mahkamah memaklumkannya minggu ini bahawa ia telah mengesahkan dakwaan diskriminasi pelacur terbabit.

Edwards mengesahkan wanita itu menuntut ganti rugi sebanyak AUS$30,000 (RM98,238), lapor akhbar The Australian. Alasan tribunal terhadap keputusannya itu belum diumumkan lagi kepada khalayak ramai. Pelacuran dibenarkan di Queensland dan diskriminasi berdasarkan aktiviti seksual terbabit, tidak dibenarkan undang-undang. Pelacur menuju ke bandar perlombongan di pedalaman seperti Moranbah, di mana mereka menetap di situ untuk tempoh singkat bagi meraih pendapatan di sektor perlombongan pesat di Australia ekoran permintaan tinggi China terhadap bahan mentah. - AP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters