ST PETERSBURG: Madonna dikecam ramai, termasuk Timbalan Perdana
Menteri Russia yang menggunakan Twitter dan menganggap ikon pop itu
“menyebarkan propaganda homoseksual,” semalam.
Madonna berdepan kritikan itu menjelang konsertnya di St Petersburg
hari ini. Ketika beraksi awal minggu ini, ratu pop Amerika Syarikat itu
menggesa pihak berkuasa membebaskan tiga anggota kumpulan punk Pussi
Riot yang kini dibicarakan kerana menyanyikan lagu mengkritik Presiden
Vladimir Putin di sebuah gereja terkenal di Moscow.
Kali ini,
Madonna berjanji untuk menyatakan sokongan terhadap komuniti gay St
Petersburg melalui gelang merah jambu yang bakal diedarkan kepada orang
ramai pada konsertnya. - AFP
No comments:
Post a Comment