Jom Buat Duit

Monday 13 August 2012

Korban gempa bumi di Iran 227 orang

VARZAQAN (Iran): Iran semalam menamatkan operasi menyelamat di beratus-ratus kampung yang diranapkan oleh dua kejadian gempa bumi sehari sebelum itu, ketika pihak berkuasa memberikan jumlah kematian terbaru pada 227 dan 1,380 cedera dalam bencana itu.
“Operasi mencari dan menyelamat telah berakhir dan kami kini bertugas memastikan keperluan mangsa dari segi perlindungan dan makanan,” kata Menteri Dalam Negeri, Moustafa Mohammad-Najjar kepada televisyen kerajaan.

Dia menyatakan jumlah baru itu, lebih rendah dan lebih tepat berbanding yang diberikan sebelum ini oleh kementeriannya, ketika pihak berkuasa tempatan mengesahkan maklumat yang dikumpul pada beberapa jam pertama selepas dua gempa bumi melanda kelmarin.
Kejadian pertama mencatat bacaan skala 6.4 magnitud, menurut badan Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat, yang memantau aktiviti seismos di seluruh dunia. Kejadian kedua, pada skala 6.3 magnitud melanda hanya 11 minit kemudian.

Sementara bandar raya terbesar di wilayah terjejas, Tabriz dan bandar berdekatan hanya mengalami kerosakan kecil, bilangan kampung pedalaman dengan kediaman yang dibuat daripada lumpur dan batu-bata musnah sama sekali.

Moustafa berkata, kira-kira separuh daripada 600 kampung yang terletak di kawasan itu rosak ataupun musnah.
Dia berkata, Presiden Mahmoud Ahmadinejad semalam memberi arahan supaya pembinaan semula kediaman dimulakan segera kerana musim sejuk teruk bakal dialami di wilayah itu pada akhir tahun. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters