SURABAYA: Penduduk kampung Simo Prona Jaya di sini digemparkan dengan
penemuan dua mayat wanita yang ditanam dalam satu lubang di dalam
sebuah rumah, semalam.
Mereka dipercayai menjadi mangsa dalam satu kes pembunuhan.
Penemuan
dua mayat itu ekoran daripada kecurigaan penduduk kerana tidak lagi
melihat kelibat mangsa, Sunarsih, 46, dan Supiati, 34 di kampung itu.
Tambahan pula, ada penduduk yang bermimpi aneh mengenai kedua-dua wanita
itu. Penduduk akhirnya sepakat untuk membongkar ruangan dalam kediaman
wanita berkenaan, pagi semalam. Mereka terkejut apabila menemui dua
mayat wanita terbabit ditanam dalam satu lubang di dalam rumah itu.
Penduduk kemudian menghubungi balai polis Sukomanunggal untuk memaklumkan mengenai perkara itu.
Kedua-dua mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Dr Soetemo di sini untuk bedah siasat.
“Saat
ini mayat berkenaan dipercayai adalah mangsa pembunuhan tetapi kami
masih mengumpulkan bukti dan mengambil keterangan saksi,” kata pegawai
polis unit jenayah, Yunus Saputra. - Jakarta Post
No comments:
Post a Comment