Jom Buat Duit

Monday 13 August 2012

Keterujaan Rachel Weisz beraksi lasak


SATU adegan mendebarkan penuh aksi filem The Bourne Legacy yang menampilkan Rachel Weisz dan Jeremy Renner.


SEPANJANG pembabitan dalam dunia lakonan, tidak dinafikan aktres Rachel Weisz antara pelakon wanita bertaraf gred A kelahiran British yang dilihat berjaya menempa di persada hiburan Hollywood.

Lihat sahaja filem-filem lakonannya sebelum ini seperti The Mummy, The Mummy Returns, Enemy At The Gates, Contstantine dan The Constant Gardener yang mendapat sambutan yang cukup hangat daripada penonton.

Terbaharu, isteri kepada pelakon karakter James Bond 007, Daniel Craig itu tampil dengan filem berjudul The Bourne Legacy, arahan Tony Gilroy yang sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 9 Ogos lalu.

Menurut Weisz, dia sendiri tidak menyangka apabila ditawarkan untuk membawakan watak sebagai seorang saintis, Dr. Marta Shearing dan menganggap ia peluang terbaik yang tidak harus dilepaskan sama sekali.

Menerusi filem itu, Weisz berpeluang berlakon dalam babak-babak lasak penuh aksi.
"Sejujurnya, saya memang sangat teruja apabila turut terbabit dalam filem ini. Lagipun, saya sememangnya sudah menonton tiga siri filem Bourne yang pernah dihasilkan sebelum ini.
"Walaupun filem ini bukanlah kesinambungan dan tiada kaitan langsung dengan tiga siri filem Bourne yang terdahulu, namun jalan cerita yang dipaparkan memang cukup menarik dan Tony Gilroy telah melaksanakan tugasnya dengan baik," ujar aktres berusia 42 tahun itu.
The Bourne Legacy menampilkan aktor Jeremy Renner sebagai karakter utama, Aaron Cross yang merupakan seorang ejen khas dan pembunuh upahan.

Ganggu tumpuan
Dalam tiga siri filem sebelumnya iaitu The Bourne Identity, The Bourne Supremacy dan The Bourne Ultimatum, karakter utamanya, Jason Bourne dilakonkan oleh Matt Damon.
Sementara itu, menyentuh mengenai pengalaman yang dilalui sepanjang menjalani penggambaran filem yang menelan kos sebanyak RM270 juta itu, Rachel menyatakan antara yang menarik adalah sewaktu penggambaran di Manila, Filipina.

Ujarnya, dengan cuaca yang agak panas di negara tersebut, dia terpaksa memakai pakaian yang agak tebal dan alat pelindung keselamatan memandangkan banyak babak aksi yang dilakukan.
"Sepanjang masa saya perlu memakainya dan berasa diri saya seperti berada dalam kawasan yang suhunya seakan-akan mencecah 100 darjah Celcius. Sehinggakan tubuh badan saya asyik berpeluh dan ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya untuk berlakon," ungkapnya.

Ditanya tentang penampilan Jeremy Renner dalam filem berkenaan, aktres yang pernah memenangi anugerah Oscar itu menyatakan aktor tersebut berhasil membawakan watak Aaron dengan baik dan berkesan.

"Tidak dinafikan memang ada yang membandingkan wataknya itu dengan Jason Bourne lakonan Matt Damon, tetapi Jeremy mampu membawakan wataknya dengan cara tersendiri dan berjaya daripada dibayangi Matt," tegas Weisz sudah selesai menjalani penggambaran sebuah filem bajet mega, Oz: The Great and Powerful.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters