Jom Buat Duit
Wednesday, 1 August 2012
Badang Korea Utara memukau
LONDON - Atlet Korea Utara, Kim Un-Guk mencipta rekod baharu dunia ketika memena- ngi pingat emas kedua buat negaranya dalam acara angkat berat menerusi kategori 62 kilo- gram (kg) lelaki di Pusat ExCel kelmarin.
Un-Guk mengangkat keseluruhan 327kg (153kg dalam snatch dan 174kg bagi clean & jerk) untuk mengatasi rekod dunia terdahulu yang dipegang Zhang Jie dari China dengan kelebihan satu kilogram sahaja.
Catatan Un-Guk dalam acara snatch itu turut merupakan rekod baharu Olimpik dan menyamai rekod dunia Shi Zhiyong juga dari China.
Atlet Colombia, Oscar Figueroa pula melakukan kejutan dengan meraih perak dengan jumlah angkatan 317kg (140kg snatch, 177kg clean & jerk).
Pingat gangsa milik atlet Indonesia, Irawan Eko Yuli juga dengan 317kg (145kg snatch, 172kg clean & jerk).
Pemegang rekod dunia, Zhang Jie pula sekadar menamatkan saingan di tempat keem- pat.
Un-Guk yang meraih emas kedua Korea Utara selepas kejayaan Om Yun-Chol dalam kategori 56kg lelaki, mengucapkan terima kasih kepada pemimpin negaranya kerana memberi peluang kepadanya untuk beraksi di pentas Olimpik.
"Kejayaan saya memenangi emas hari ini (kelmarin) adalah hasil pertolongan pemimpin negara kami," katanya mengulangi skrip yang dibuat Om sebelum ini.
Sepanjang saingan kelmarin, Un-Guk muncul atlet paling diminati penonton kerana se- tiap kali naik ke pentas, dia akan menerima sorakan paling hebat. - AFP
Labels:
Olimpik London
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment