LONDON - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam membayangkan
bahawa perenang muda China, Ye Shiwen yang memenangi pingat emas acara
400 meter rampaian individu wanita Ahad lalu bebas daripada
penyalahgunaan dadah.
Sebelum ini, Shiwen, 16, mencetuskan kontroversi selepas catatan
masanya dalam 100m terakhir lebih pantas berbanding juara acara 400m
rampaian individu lelaki, Ryan Lochte dari Amerika Syarikat.
Dia juga melakar catatan masa terpantas ketika sesi kelayakan 200m
rampaian individu, sekali gus meleburkan rekod Olimpik dalam acara
tersebut.
Ketika ditanya sama ada keputusan doping Shiwen positif atau tidak,
jurucakap IOC, Mark Adams memberitahu: "Kami hanya akan mengeluarkan
kenyataan sekiranya keputusan doping mana-mana atlet didapati
mencurigakan (positif).
"Saya enggan mengulas lanjut, jadi terpulang kepada anda (wartawan)
untuk membuat sebarang kesimpulan berhubung perkara itu," katanya.
Ketika ini, seramai lima atlet sedang menjalani ujian doping dan IOC dijangka mengadakan lebih 5,000 lagi ujian.
"Kita tidak boleh menghentikan spekulasi berhubung perkara tersebut
(ujian doping) tetapi kita perlu bersikap realistik berhubung perkara
ini.
"Ia melibatkan atlet bertaraf dunia, jadi sudah tentu ujian lebih ketat dijalankan," tegas Adams.
Untuk rekod, selain Shiwen, China turut meraih emas acara 400m gaya bebas lelaki menerusi Sun Yang pada temasya kali ini.
Kejayaan itu sekali gus mengatasi pencapaian China yang seka- dar
meraih sebutir emas pada temasya di Beijing empat tahun lalu. - Reuters
No comments:
Post a Comment