Jom Buat Duit

Wednesday, 1 August 2012

Chong Wei bermula baik


CHONG WEI menampilkan permainan bertenaga ketika membuat penampilan pertama pada Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London kelmarin.


LONDON - Kem Malaysia resah seketika apabila jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas pada set kedua kepada Ville Lang dari Finland pada aksi pembukaan Kumpulan A kelmarin.
Kekalahan itu mengheret perlawanan tersebut ke set penentuan yang menyaksikan Chong Wei tampil gagah untuk menang 21-11, sekali gus melangkah bergaya ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki.

Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama pada temasya ini, tewas 14-21 pada set kedua selepas menang mudah 21-8 pada set pertama.
Pelbagai andaian dibuat ekoran kekalahan pada set kedua itu terutama apabila menyaksi- kan Ville terlalu sukar untuk dijinakkan oleh Chong Wei pada aksi yang berlangsung di Arena Wembley itu.
Setiap asakan Chong Wei mudah dibaca oleh Ville yang sememangnya cukup bersemangat untuk mengatasi pemain No. 2 dunia itu.

Pada set penentuan, Chong Wei tampil lebih berhati-hati dengan strategi permainan lawannya itu, namun selepas mendapat semula rentak, Ville ditunjuk jalan keluar apabila jaguh Malaysia tersebut menang 21-11.
Pada perlawanan itu, Chong Wei dilihat seolah-olah beraksi untuk 'memanaskan' badannya selepas hampir tiga bulan tidak turun beraksi pada kejohanan berprestasi tinggi gara-gara kecederaan.
Dia banyak melakukan pergerakan dan berdasarkan reak- sinya itu, ia membawa petanda bahawa kecederaannya sudah pulih sepenuhnya.

Begitupun, ketika dia tewas pada set kedua, keresahan mulai menyelubungi kem Malaysia kerana bimbang kecederaan yang dialaminya sebelum ini menjejaskan rentak permainannya.
Namun, kebimbangan itu hilang selepas melihat Chong Wei kembali beraksi seperti biasa bagi membuktikan bahawa dia masih memiliki sentuhan, sekali gus menghidupkan peluang memburu pingat dalam acara badminton.

Ketika diminta mengulas perlawanan pertamanya itu pada temasya kali ini, Chong mengakui puas kerana mampu bermain dalam tiga set.
"Walaupun puas tetapi saya tidak begitu gembira kerana masih belum dapat mengemba- likan gaya permainan saya yang sebenar.
"Saya perlu mengambil satu demi satu perlawanan terlebih dahulu sebelum memikirkan harapan saya pada temasya ini.

"Apa yang lebih penting, saya dapat kembali beraksi seperti biasa kerana sudah lebih kurang tiga bulan saya tidak bermain pada kejohanan berprestasi tinggi," kata Chong Wei.
Menurutnya, berdasarkan perlawanan pertama itu, dia yakin untuk terus bertahan menghadapi perlawanan berikutnya.
"Memang saya ada rasa sakit pada perlawanan tadi (kelmarin) dan saya juga ada mengambil ubat penahan sakit.

"Bagaimanapun, kemenangan itu sudah pasti memberikan lebih semangat kepada saya untuk beraksi lebih baik selepas ini," jelasnya.
Chong Wei menjadi sandaran negara untuk memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik pada temasya di London ini dan ia tidak mustahil untuk direali- sasikan seandainya jaguh negara itu kembali mendapat rentaknya yang sebenar.
Pada temasya yang sama di Beijing empat tahun lalu, Chong Wei sekadar meraih pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters