Jom Buat Duit

Wednesday 1 August 2012

Dominasi China sukar dicabar


DARI kiri, Feng Zhe, Guo Wei, Chen Yibing, Zhang Chenglong dan Zou Kai meraikan kejayaan mereka meraih emas acara gimnastik artistik berpasukan lelaki Sukan Olimpik 2012 kelmarin. 

LONDON - China tampil bergaya apabila mempertahankan pingat emas dalam acara gimnastik artistik berpasukan lelaki di Arena Greenwich di sini kelmarin.
Kejayaan itu menyaksikan China mengikut jejak langkah Jepun yang melakukannya pada Olimpik 1976 di Montreal, Kanada dengan memenangi pingat dalam dua temasya berturut-turut.
Pada saingan akhir kelmarin, gandingan Feng Zhe, Zhang Chenglong, Zou Kai, Chen Yibing dan Gou Wei mengumpul keseluruhan 275.997 mata.
Bagaimanapun, timbul kontroversi dalam saingan akhir itu apabila pasukan Jepun melakukan bantahan selepas gimnas mereka, Kohei Uchimura tidak diberikan markah dalam acara kekuda berpelana.

Selepas bantahan dibuat, Jepun berjaya mengumpul 271.952 mata, sekali gus membolehkan mereka meraih pingat perak.
Keputusan tersebut meletakkan Britain yang sebelum itu diumumkan sebagai pemenang pingat perak akhirnya jatuh di tangga ketiga.
Malang bagi Ukraine apabila terpaksa melupakan pingat gangsa apabila berada di tempat keempat.
Biarpun acara itu tercalar dengan kontroversi, ia tidak mampu menafikan kemampuan China untuk meraih emas ketiga berpasukan lelaki selepas mereka turut muncul juara pada edisi 2000.
"Kami tidak melakukan apa-apa kesilapan. Itu rahsia kami dalam menghadapi dan mengalahkan Jepun serta semua pasukan lain," ujar Feng Zhe.
Chen Yibing, gimnas yang berada dalam pasukan China pada Olimpik 2008, memberi amaran bahawa penguasaan negara itu dalam acara tersebut akan berterusan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Kami telah mencipta sejarah. Kami akan mempunyai lebih ramai bintang dalam acara ini pada masa hadapan dan lebih banyak gelaran akan kami raih," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters