HAMPIR tiga tahun memegang status ibu tunggal kepada tiga anak,
pelakon Anne Ngasri mengakui dia tidak pernah menolak jodoh andai
ditakdirkan untuk berkahwin lagi.
Anne pernah berkahwin dengan bekas suaminya, Abdul Wafi Hassan pada usia muda iaitu 21 tahun, namun rumah tangga mereka yang dibina tidak bertahan lama kerana akhirnya bercerai. Justeru, kehadiran penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz yang popular dengan lagu Sayang-Sayang dan Jangan Ganggu Pacarku itu berjaya mengisi kekosongan hati Anne.
Ternyata, perbezaan usia selama lapan tahun bukan penghalang cinta Anne, 28, dan Aliff, 21, yang semakin mekar sejak lapan bulan lalu serta direstui keluarga masing-masing. Malah, Anne sendiri membuat pengakuan hubungan mereka kini berada pada tahap serius menuju ke jenjang pelamin.
Bercerita mengenai detik perkenalan mereka, pemilik nama sebenar Nasriah Ngasri ini berkata, dia dan Aliff bertemu buat kali pertama di lokasi penggambaran telefilem Cinta Kita di mana mereka sama-sama berlakon dalam cerita berkenaan.
“Pada peringkat awal, kami hanya kawan biasa saja sebelum persahabatan itu bertukar cinta sekali gus terus mengenali hati budi masing-masing.
“Saya akui ramai pihak yang memberikan pelbagai tanggapan pada awal hubungan kami terutama pada perbezaan usia, status saya sebagai ibu tunggal serta kontroversi Aliff yang pernah dikaitkan dengan Zarina Anjoulie. Namun, kami sudah bersedia untuk berdepan dengan semua itu.
“Saya tidak pernah masuk campur kontroversi yang dikaitkan dengan Aliff. Biarlah orang nak cakap apa pun kerana akhirnya yang nak kahwin dan melaluinya nanti adalah saya sendiri,” katanya.
Ditanya ciri-ciri yang ada pada Aliff, kata Anne, penyanyi muda itu seorang yang ‘gentleman’ dan lebih matang daripada usianya.
Hasil perkahwinan sebelum ini, Anne dikurniakan tiga anak - Abdul Warits, 6; Abdul Wafri, 4 dan Naszharah Afroza, 2.
“Saya terpaut hati pada Aliff kerana dia berani datang ke rumah untuk berjumpa ibu ayah dan meminta izin mereka untuk membawa saya keluar. Aliff bukan saja menerima saya dalam hidupnya malah, bersedia menerima kehadiran tiga anak saya,” katanya.
Mengulas soal kahwin pula, kata Anne, dia berdoa semoga Allah SWT memudahkan semuanya buat dirinya dan Aliff.
“Memang kami ada perancangan untuk berkahwin, tapi bukan dalam tempoh terdekat atau selepas raya. Semuanya belum dibincangkan lagi. Insya-Allah, apabila tiba masanya nanti, saya tidak menyorokkan berita baik ini,” katanya.
Aidilfitri kali ini juga cukup bermakna buat Anne kerana bakal meraikannya bersama keluarga Aliff di Bukit Panjang, Singapura.
“Sambil berkunjung ke rumah keluarga Aliff, kami juga akan beraya di rumah saudara-mara di sana. Saya hanya beli sepasang baju raya kerana persiapan saya juga lebih kepada anak-anak.
“Juadah raya kegemaran saya adalah hidangan ibu iaitu Kurma Ayam. Aliff pula suka makan rendang daging,” katanya.
Sementara itu sejak bertudung lima tahun lalu, Anne terus mendapat tawaran berlakon.
“Saya mula berlakon pada usia empat tahun sehingga sekarang. Alhamdulillah, setakat ini, produser dan pengarah masih beri kepercayaan kepada saya untuk beraksi dalam drama mereka walaupun selepas saya bertudung.
“Selain berlakon, saya juga terbabit dalam bidang penerbitan sebagai jaminan masa depan sekeluarga,” katanya.
Model tudung D’Haja ini juga masih di lokasi penggambaran filem genre komedi berjudul Pengapit arahan Wan Hasliza terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd. Ia diterajui aktor Farid Kamil, Nadia Nissa dan Rita Rudaini.
Anne turut berlakon bersama Alif dalam drama bersiri komedi 13 episod, Sepai yang juga cerita penyiasatan terbitan Nasreen Pictures untuk RTM.
Metro

No comments:
Post a Comment