Jom Buat Duit

Sunday 12 August 2012

Tunggu masa dinobat juara Olimpik


Bryan Nickson Lomas gagal menjelmakan pingat ketiga Malaysia di Olimpik menerusi terjun platform 10 meter kelmarin. 
 

KUALA LUMPUR - Dalam tempoh kurang 24 jam sebelum Sukan Olimpik 2012 London melabuhkan tirai, kontinjen Amerika Syarikat (AS) dilihat hanya menunggu masa untuk dinobatkan selaku juara keseluruhan temasya itu.

Sehingga pukul 8 malam tadi waktu Malaysia, AS berjaya mengutip 41 emas, 26 perak dan 27 gangsa bagi mengatasi juara bertahan, China (37 emas, 25 perak, 19 gangsa) di tempat kedua manakala tuan rumah, Britain (26 emas, 15 perak, 18 gangsa) pula di tempat ketiga.

Kontinjen China terlebih dulu mendominasi saingan pada permulaan temasya kali ini untuk sembilan hari pertama kejohanan sebelum dipintas kontinjen AS sebaik acara olahraga bermula.
Apa tidaknya, AS kekal unggul membolot lapan emas, 11 perak dan tujuh gangsa dalam acara olahraga termasuk emas terbaharu menerusi kuartet 4x100 meter wanita di Stadium Olimpik awal pagi semalam.

China pula bagaikan berada dalam kelas berbeza apabila sekadar meraih satu emas dan dua gangsa sahaja dalam acara itu setakat ini.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters