Jom Buat Duit

Wednesday 15 August 2012

Serina bahagia di samping keluarga tercinta

AIDILFITRI tahun ini menjadi momen yang paling indah buat satu-satunya anak perempuan, chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ini.
Bergelar isteri kepada Salahudin Ghafar, Serina turut melahirkan rasa teruja menyambut raya bersama sepasang cahaya matanya, Tristan Tareef, 2, dan Isabella Saffiya, 8 bulan.
"Alhamdulillah, kami dikurniakan sepasang cahaya mata. Tahun ini raya mungkin bertambah meriah dengan kehadiran Isabella.
"Tetapi, kami tetap mementingkan kesederhanaan. Kami lebih pentingkan benda yang utama sahaja.
"Mungkin baju raya pun hanya beli untuk anak-anak sahaja. Saya dan suami akan pakai baju yang sedia ada," katanya yang memilih tema kuning pada tahun ini.
 
Utama anak-anak
Sebagai ibu, semestinya keutamaan diberikan kepada anak-anak terlebih dahulu.
Ada kalanya, dia terlepas untuk memikirkan persiapan sendiri dan suami kerana ingin memastikan kesempurnaan pada anak-anak.
"Saya sering ingatkan pada diri sendiri, hari raya bukan saja untuk meraikan umat Islam yang berjaya melawan hawa nafsu ketika berpuasa.
"Malah, ia harus mengingatkan kita untuk membuat amal kebajikan dan bersedekah. Selain itu, kita harus ingat pada mereka yang serba kekurangan," katanya.
Menurut Serina, hari lebaran yang disambut tidak sah jika tiada menu wajib keluarganya.
"Kami akan menyediakan makanan wajib setiap tahun seperti soto ayam, mee rebus, rendang daging dan kuah kacang.
"Saya akan masak bersama ibu saudara dan nenek. Kalau papa ada, papa pun akan masak juga.
"Suami saya lebih suka masakan nenek, rendang daging dan tat nenas yang saya buat," katanya.
Serina juga bersyukur kerana perniagaan kuih rayanya, Serina-Simply Delicious, mendapat sambutan yang sangat baik.
"Tahun ini merupakan tahun ketiga saya menjual kuih raya dan biskut.
"Ramai di kalangan peminat yang menempah biskut dari saya melalui laman Facebook, Twitter dan Instalgram.
"Saya sangat menghargai sokongan daripada peminat dan tidak mustahil untuk saya meneruskan lagi perniagaan ini pada masa yang akan datang," katanya yang masih aktif menerima tawaran lakonan.
 
Raya tanpa papa
Setiap tahun, sudah menjadi kebiasaan bagi Serina sekeluarga untuk pulang ke kampung halaman bapanya di Sungai Koyan, Pahang.
Pun begitu, pada raya tahun ini, perayaan itu disambut tanpa kelibat papanya.
"Tahun ini, papa berada di Makkah kerana mengerjakan umrah. Jadi, raya kali ini tidak semeriah dulu kerana tanpa papa, suasananya tidak seperti selalu.
"Sedih juga kerana papa tak dapat beraya dengan cucu baru, tapi saya bangga bila dia membuat keputusan untuk mengerjakan umrah," katanya yang akan berjumpa dengan keluarga Salahudin pada Krismas nanti.
Memilih suami berbangsa Inggeris tidak menghalang Serina mengganggu rutinnya di bulan Ramadan. Malah Serina berkata, dia sangat mengagumi suaminya yang berusaha mendalami agama Islam.
Menurut Serina, suaminya sangat rajin berpuasa malah sentiasa inginkan perubahan yang baik dalam kehidupan.
"Alhamdulillah, dia sangat rajin belajar mengenai Islam.
"Dia juga sangat cepat belajar," katanya.
 
Kongsi kisah raya
Mengimbau pengalamannya menyambut lebaran, Serina berkata, dia tidak dapat melupakan saat-saat kali pertama bergelar artis dulu.
"Di kampung saya, orang datang beraya tak henti-henti. Ada juga yang sanggup menyewa bas untuk beraya bersama saya dan papa.
"Paling lucu, papa terpaksa gunakan wisel supaya tetamu yang datang bersilih ganti dapat keluar dan masuk.
"Papa dah macam polis trafik masa itu. Maklumlah, bukan sahaja dapat beraya malah mereka dapat makan masakan papa yang sedap-sedap," katanya sambil ketawa.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters