Jom Buat Duit

Tuesday 14 August 2012

Cuaca panas, kering sampai Oktober

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan keadaan panas dan kering di rantau ini berpanjangan sehingga Oktober depan.
Berikutan itu, orang ramai dinasihat tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka bagi memastikan status kualiti udara di seluruh negara berada pada tahap sihat.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya semalam menyebut terdapat beberapa kebakaran kecil di negara ini yang menjadi punca kemerosotan kualiti udara setempat seperti di belakang Taman Sains Selangor di Cyberjaya, Jalan Kebun dan Johan Setia, Klang serta berhampiran Lebuh Raya Kesas.

Punca kemerosotan juga disebabkan 42 hektar tanah gambut yang masih berasap di kawasan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS), Bestari Jaya.
JAS berkata, Perintah Larangan Pembakaran Terbuka bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Tudan, Permai Jaya dan Kuala Baram di Miri, Sarawak masih berkuat kuasa.
Menurutnya, kemerosotan kualiti udara di pantai barat Semenanjung Malaysia sejak kelmarin berpunca daripada pencemaran jerebu yang merentasi sempadan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters