Polis terpaksa campur tangan semalam selepas terdapat
keluarga kepada para penumpang pesawat MH370 dari China bertindak meluru
ke arah beberapa pegawai Malaysia di Hotel Metro Park Lido di sini.
Anggota-anggota keluarga itu melakukan perbuatan itu kerana mahu
mengetahui tentang nasib keluarga masing-masing selepas pesawat
Penerbangan Malaysia tersebut hilang pada 8 Mac lalu.
Kebanyakan keluarga itu berharap orang yang disayangi itu masih lagi hidup.
Seramai 153 warga China menaiki pesawat Boeing 777-200ER itu yang
hilang daripada radar pada 8 Mac lalu selepas hampir sejam berlepas pada
pukul 12.41 pagi.
Pesawat tersebut membawa 227 penumpang dan 12 kru.
"Kerajaan Malaysia, tolonglah beritahu kami perkara yang sebenar.
Berilah kami semula orang yang kami sayangi," kata beberapa orang yang
menghadiri taklimat tentang perkembangan misi mencari pesawat MAS itu.
"Kerajaan Malaysia menipu kami. Mereka tidak berani untuk berdepan
dengan kami. Kerajaan Malaysia merupakan pembunuh paling utama," kata
seorang daripada saudara-mara itu.
Ketika saudara-mara itu diselubungi kemarahan, sebahagian mereka
meluru ke arah beberapa pegawai Malaysia. Namun, polis pantas bertindak
bagi mengelak mereka mendekati para pegawai Malaysia itu.
"Kami tidak mampu untuk menanggung penderitaan ini," kata seorang wanita.
"Mereka (MAS) memberikan kami pampasan tetapi kami kehilangan seluruh keluarga kami.
"Ini merupakan negara China. Mereka (pegawai-pegawai Malaysia) tidak
boleh memberitahu kami untuk datang dan pergi mengikut sesuka hati
mereka. Kami akan menunggu di sini. Jika mereka tidak datang, kami tidak
akan pergi," tambahnya.
Kejadian itu berlaku sebelum kerajaan China mendedahkan pada petang
semalam bahawa sebuah satelit miliknya menemui imej yang menunjukkan
objek berukuran 22.5 meter panjang dan lebar 13 meter di selatan Lautan
Hindi.
Imej itu dirakamkan pada 18 Mac lalu dan disiarkan di laman web Pentadbiran Negara Teknologi, Sains dan Industri China.
Beberapa buah kapal tentera China kemudian dikerahkan ke lokasi
tersebut yang hanya 120 kilometer (km) dari objek yang dikesan sebuah
satelit milik Australia pada 16 Mac lalu. - Agensi
Jom Buat Duit
Sunday, 23 March 2014
Saturday, 22 March 2014
3 anggota polis diarah bela diri
Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan tiga anggota polis
membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii
terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 9 Mei depan untuk membela diri.
Tertuduh, Koperal Nik Sin Mat Lazim, 34; Konstabel Remy Anak Dana, 26; dan Konstabel Syahiran Romli, 22, dituduh merogol seorang wanita Indonesia di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara pukul 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kesemua tertuduh juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama. Kosmo

Sunday, 9 March 2014
Hanez Suraya sanggup bersemuka
BUKAN lagi seperti menjolok sarang tebuan namun, situasi yang sedang
dihadapi wanita bernama Hanez Suraya kini tidak ubah umpama memelihara
diri dalam sarang lebah. Di kiri, kanan, atas dan bawah serta di
sekelilingnya ada musuh-musuh yang sedang menunggu peluang untuk
menghukumnya tanpa belas.
Dia dibenci bagaikan kupu-kupu malam yang tidak punya maruah. Dia dihumban dengan kata-kata nista dan keji yang dimuntahkan bersama bisa amarah dari hati dendam. Segala yang hitam, busuk dan jalang, semuanya dilontarkan kepada wanita berusia 29 tahun itu. Lihatlah betapa 'berdosanya' seorang wanita jika terjebak ke lembah cinta bersama suami orang.
Sejak dua minggu lalu, kontroversi status kekasih Hanez Suraya yang dikenali sebagai Mr. R atau Romie Razin Adilha, 34, bertiup kencang. Sehinggalah Ahad lalu, kemunculan seorang wanita bernama Nurliyana Abd. Manan mengejutkan ramai. Mengakui dia masih lagi isteri yang sah kepada lelaki yang kini mendampingi Hanez, Liyana turut menuduh Hanez sebagai perosak rumah tangganya yang dibina sejak lapan tahun lalu.
Di laman Instagram milik pelakon Autumn Di Hatiku itu, setiap hari beribu-ribu komen masuk pada setiap gambar yang dikongsikan bersama peminat. Ada yang tanpa segan meluahkan kata-kata kesat dan memanggilnya dengan nama-nama yang hina. Bahkan, ada juga yang berdebat mempersoalkan betul atau tidak perlakuan Hanez yang serius mahu menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki berstatus suami orang.
Tanpa mengenali Hanez secara intim, pelakon yang terkenal sebagai jurucakap produk kecantikan Aura White itu didekati penulis. Mengajaknya bercerita tentang pahit dan episod hitam yang sedang dijalani, Hanez mengakui dia hampir terduduk namun tidak pula membiarkan dirinya jatuh dan terus terjelepuk.
"Ini impak paling teruk yang pernah saya lalui sepanjang 10 tahun dalam industri. Rasa macam kena baling dengan batu pun ada, tetapi tidak membuatkan saya mengurung diri, cuma rasa malas nak keluar dari rumah. Saya sudah tahu semua situasi ini sejak mula kenal Romie, sebab itu saya tidaklah tertekan atau terkejut sangat.
"Sebab itulah saya buat sidang media pada hari Rabu lalu. Kalaulah saya seorang sahaja yang menjelaskan segala-galanya, siapa yang mahu percaya. Sekarang, setidak-tidaknya pihak lelaki, Romie bersama peguamnya sudah tampil memberikan keterangan. Saya lega kerana tidak sendirian berdepan situasi yang sulit ini, dia ada di sini saya," ujar Hanez cuba untuk menenangkan perasaannya.
Hubungan direstui keluarga
Kalau benar sekalipun tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, wanita mana yang mampu bertepuk riang saat gelaran perosak, pemusnah dan perampas suami orang ditembak tepat ke mukanya. Inikan pula kata Hanez, 90 peratus daripada pendedahan yang dilakukan oleh Liyana (isteri kekasihnya) itu tidak benar.
"Walaupun saya belum berkahwin, tetapi sebagai wanita saya cuba memahami apa yang dirasai oleh pihak wanita berkenaan.
"Sejak dari awal perkenalan, Romie jenis yang berterus-terang tentang masalah yang sedang dihadapi bersama isteri. Tetapi, dia kenal saya bukanlah untuk menceritakan kesedihannya sahaja. Cuma dalam proses berkawan, dia tidak pernah berahsia dengan saya, tetapi saya tidak pernah masuk campur hal mereka. Tidak pernah juga saya menyuruh Romie menceraikan isterinya. Saya cuma minta bertenang dan fikirkan soal anak-anak.
"Terus-terang saya katakan, saya terpikat dengan keterbukaan dan kejujuran yang ditunjukkan Romie selama ini ini. Dia benar-benar serius mahu mencari seorang isteri. Dia bertemu keluarga saya dan saya dibawa bertemu keluarganya. Daripada situlah saya terfikir, mungkin jodoh saya telah sampai.
"Saya terima dia seadanya. Lainlah kalaulah saya mengenali Romie ketika dia sedang bahagia bersama isteri, kalau begitu, saya dengan relanya mengundur diri," jelas Hanez yang mengakui kali pertama mengenali Romie pada tanggal 20 Disember lalu.
Si lelaki dituduh curang dan dayus kerana mempertahankan kekasih bukannya isteri sendiri, manakala Hanez pula berdepan pelbagai gelaran yang tidak seronok didengar. Pendek kata, perhubungan Hanez dan Romie seolah-olahnya berdepan jalan buntu. Sementara menunggu keputusan perceraian Romie di mahkamah, Hanez terpaksa menunggu kepastian impian membina mahligai bahagia bersama lelaki yang baru dikenali sekitar tiga bulan lalu menjadi realiti.
"Soal jodoh di tangan Tuhan, apa yang paling penting bagi saya ialah restu daripada keluarga. Soal berapa lama berkawan itu bukan penghalang jodoh.
Jangan biadab
"Sebenarnya saya sedih dengan keadaan ini. Sedih dengan sikap orang luar yang sewenang-wenangnya menghukum saya dengan macam-macam penghinaan. Kalau setakat saya seorang sahaja tidak mengapa, ini sampai melibatkan ibu bapa saya. Saya tahu orang sedang marah tapi janganlah biadab," ujar Hanez.
Persepsi umum, kebaikan dibalas dengan kebaikan manakala kejahatan juga akan dibalas dengan kejahatan. Tanpa tahu hujung pangkal perbuatan Hanez yang menjalin hubungan cinta dengan suami orang, mudah menimbulkan tanggapan negatif. Soal karma juga ditanyakan kepada Hanez.
"Kalau kita ikhlas dengan orang itu, dan orang itu ikhlas dengan kita, saya tidak perlu takut kepada balasan. Selama ini, saya juga pernah mengenali beberapa orang lelaki, walaupun tiada jodoh, saya tidak pernah mengaibkan sesiapa," kata Hanez tenang.
Jika diminta untuk bersemuka dengan Liyana, Hanez turut berani berbuat demikian. Bukan terlalu yakin bahawa kebenaran memihak kepadanya, namun, pengakuan Romie bersama peguamnya tempoh hari sedikit sebanyak memperbetulkan keadaan. Kosmo

Saturday, 8 March 2014
Pesawat MH370 masih belum diketahui
Malaysia Airlines masih belum mendapat sebarang petunjuk terhadap lokasi
pesawat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya lokasi terkahir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah 065515 utara (Longitude) dan 1033443 Timur(Latitude).
“Kami masih cuba mengesan lokasi terkini pesawat itu berdasarkan kedudukan terakhir yang dikesan. Kami bekerjasama dengan pasukan penyelamat antarabangsa bagi mengesan MH370.
“Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang amaran kecemasan daripada MH370. Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa dan semua sumber bagi membantu untuk misi mencari dan menyelamat ini,” katanya dalam satu kenyataan bagi jam 4.20 petang, hari ini.
Dalam kenyataan itu juga menyebut, senarai penumpang tidak akan dikeluarkan sehingga kesemua ahli keluarga telah dimaklumkan.
MAS menghantar ‘Go Team’ ke Beijing yang berlepas dari KLIA jam 4.30 petang tadi dengan sepasukan penjaga serta sukarelawan bagi membantu ahli keluarga penumpang.
Berikut senarai penumpang mengikut warganegara:
Negara:
China/Taiwan = 154 termasuk bayi
Malaysia = 38
India = 5
Indonesia = 7
Australia = 6
Perancis = 4
AS = 3 termasuk bayi
New Zealand = 2
Ukraine = 2
Canada = 2
Rusia = 1
Itali = 1
Netherlands = 1
Austria = 1
Sumber: SH

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah selamat nikah
DENGAN sekali lafaz, pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof atau
nama sebenarnya, Mohd Shamsul Mohd Yusof, selamat diijabkabulkan dengan
pasangannya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin di Masjid Al
Mukarramah, Bandar Sri Damansara hari ini.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.31 pagi.
Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berupa senaskah Al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Macbook dan sepersalinan pakaian dari pihak Sarah.
Sementara itu, pihak lelaki pula membalas tujuh dulang hantaran berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.
Pakaian pengantin ditaja oleh Cosry Couture dan majlis yang serba indah ini turut mendapat beberapa tajaan lain antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.
Hadir sama, Datuk Yusuf Haslam dan isteri, Datin Patimah Ismail, ahli keluarga kedua-dua mempelai serta sahabat handai termasuk rakan artis dan selebriti tanah air.
Begitupun, majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana kesihatan Syamsul yang masih lagi belum stabil. SH

Tuesday, 4 March 2014
Mati Didera Disebabkan Tak Pandai Ke Tandas
SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun maut didera teman lelaki ibunya hanya kerana tidak pandai ke tandas.
Kanak-kanak malang itu, Tanilla Warrick Deaves dipukul hingga mati oleh Warren James Ross, 30, di rumah teman wanitanya di Central Coast, New South Wales, Australia.
Menurut polis tempatan, Tanilla dirotan, dihantukkan kepala pada cermin kaca di dalam tandas dan di pintu almari.
“Mangsa dibelasah hingga tidak sedarkan diri lalu diletakkan di dalam kereta sorong selama dua hari hingga dia menemui ajal,” katanya.
Beliau berkata, ibunya Donna Deaves turut didakwa kerana tidak meleraikan perbuatan kejam teman lelakinya itu.
“Ibunya juga sangat kejam kerana tidak mahu memberikan rawatan kecemasan selepas anaknya tidak sedarkan diri,” katanya. Selepas mendengar hujah pertuduhan,
Dipetik Sydney Morning Herald, Mahkamah Sydney mendapati, Donna bersalah kerana bersubahat melakukan pembunuhan dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun namun ia dikurangkan kepada sembilan tahun selepas dia bersetuju memberikan keterangan terhadap perbuatan kejam teman lelakinya itu.
Warren pula kekal dengan tuduhan bersalah kerana membunuh kanak-kanak itu namun sepanjang perbicaraan, dia tetap tidak mengaku bersalah dan turut memaki hamun petugas media yang membuat liputan sepanjang perbicaraannya itu. SH

Sunday, 2 March 2014
Pencapaian Hafiz Suip luar biasa
MENELITI perjalanan karier nyanyiannya, bakat yang dimiliki bintang
kelahiran program Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz Suip bukanlah
calang-calang. Ini terbukti pada usianya yang mencecah 24 tahun semalam,
pelbagai kejayaan dalam industri seni tanah air telah dicapai.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kejayaan yang saya kecapi hari ini.
“Kejayaan ini juga tidak akan tercapai tanpa bantuan dan sokongan daripada ibu bapa dan juga peminat,” katanya ketika ditemui pada majlis Doa Kesyukuran Sempena Kejayaannya Sepanjang 2013, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, kelmarin.
Mengulas lanjut mengenai kejayaannya itu, perjuangan pelantun ‘Bahagiamu Deritaku’ ini tidak hanya terhenti di situ apabila dia turut menanam azam melebarkan sayap kariernya sehingga ke luar negara.
“Kalau boleh, tahun ini saya berazam untuk lebarkan lagi sayap karier saya dengan membawa nama industri tanah air ke luar negara seperti mana yang dilakukan beberapa artis lain seperti Yuna, Shila Amzah dan juga Datuk Siti Nurhaliza.
“Buat masa sekarang, saya berada pada peringkat permulaan dan masih merangkak untuk cuba tembusi pasaran Indonesia.
“Walaupun agak sukar, namun dengan bantuan dan peluang yang diberi pihak Warner Music di Indonesia, single saya bersama Datuk Rossa diterima baik di sana dan itu adalah langkah pertama saya,” jelasnya yang bakal tampil dengan single terbarunya berjudul ‘Kesimpulan’.
Sempena ulang tahunnya yang ke 24, semalam, Hafiz akan meraikannya bersama kira-kira 50 orang peminat dengan melakukan aktiviti santai di Bukit Cerakah, Shah Alam pada Ahad ini. SH

Subscribe to:
Posts (Atom)