Jom Buat Duit
Thursday, 9 October 2014
Tujuh Atlet Sukan Asia Hilang di Incheon
SEOUL – Pihak berkuasa tempatan kini berusaha mencari tujuh atlet yang dilaporkan hilang selepas acara Sukan Asia dipercayai disebabkan ingin mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan, lapor polis.
Mereka terdiri daripada tiga atlet dari Nepal, Sri Lanka (dua) dan masing-masing seorang dari Bangladesh dan Palestin.
“Kami kini menggiatkan usaha mengumpul maklumat di kawasan yang menjadi tumpuan pendatang asing untuk bekerja di negara ini khususnya di bandar Incheon, Bucheon dan Ansan.
“Sebaik sahaja atlet tersebut dikesan, mereka akan dihantar pulang meninggalkan Korea Selatan dengan segera kerana pas visa lawatan mereka akan tamat pada 19 Oktober ini,” kata jurucakap polis.
Sebelum ini, perkara yang sama turut berlaku semasa acara Sukan Asia Busan pada 2002 apabila seramai 16 atlet dari negara Asia Tenggara dan Asia Selatan dilaporkan hilang. Mereka dipercayai tinggal di Korea Selatan untuk bekerja secara haram.
Setiap tahun Korea Selatan mengeluarkan ribuan visa kepada pekerja dari Vietnam, Filipina dan beberapa negara Asia lain untuk menampung kekurangan tenaga kerja, bagaimanapun dipercayai lebih 200,000 pekerja asing bekerja secara haram dalam sektor pembuatan, pembinaan dan industri lain di negara itu. –AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment