Sekurang - kurangnya hampir 500 orang terbunuh manakala lapan ratus lagi cedera dalam keganasan di Sudan Selatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB melaporkan, kesemua mayat dan mereka yang tercedera dihantar ke dua hospital berdekatan.
Menteri Kesihatan Sudan Selatan berkata, sekurang-kurangnya 26 lagi
maut selepas sekumpulan tentera puak pemberontak bertempur di Juba sejak
Ahad lalu.
"Ianya berterusan sehingga kelmarin dengan menyaksikan kejadian tembak-menembak dan letupan," katanya menurut laporan Reuters.
Menurutnya, setakat ini, kerajaan Juba menahan sepuluh ahli politik
ternama dan kini sedang memburu bekas timbalan presiden di atas tuduhan
gagal mengetuai penggabungan kuasa minyak di ibu negara ini yang menjadi
penyebab pertelingkahan.
No comments:
Post a Comment