KUALA LUMPUR – Selepas enam tahun bertarung melawan penyakit kanser,
primadona filem Melayu, Azean Irdawaty akhirnya pergi menghadap Ilahi
ketika sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM) pada pukul 8.25 malam tadi.
Azean atau nama sebenarnya Azean Irdawaty Yusoef, 63, disahkan
meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi PPUM sejak tiga hari
lalu. Azean disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga pada Jun
2007.
Suami Azean, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 63, berkata, berat
badan Allahyarham isterinya mulai susut selepas dia tidak mahu menjamah
makanan sejak dua hari lalu.
No comments:
Post a Comment