LONDON - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II yang berusia 86
tahun bermalam di sebuah hospital di sini kelmarin selepas dimasukkan
buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun apabila disyaki mengalami radang
perut dan usus.
Seorang jurucakap Istana Buckingham berkata, ratu itu terpaksa membatalkan rancangannya untuk melawat Rom pada minggu ini.
Baginda terkenal dengan keadaan kesihatan yang baik.
"Ratu itu dirawat di Hospital King Edward VII di London selepas mengalami simptom-simptom penyakit gastroenteritis.
Baginda kemudian dibenarkan keluar dari hospital tersebut semalam.
Ratu itu berjabat tangan dengan beberapa kakitangan hospital sebelum
berangkat pulang. - Agensi
No comments:
Post a Comment