Jom Buat Duit

Sunday, 1 July 2012

Raja Azmi pasrah


SUASANA di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Rabu lalu usai prosiding perceraiaan Raja Azmi dan Jalani Sidek mencapai kata putus.


JUDUL Black Widow Wajah Ayu pernah diabadikan oleh Raja Azmi Raja Sulaiman ke dalam filem sulung terbitannya pada tahun 1998. Tajuk Black Widow juga pernah digunakan oleh penerbit berusia 53 tahun itu menerusi novel tulisan sebelum diadaptasikan ke versi filem.

Biarpun tidak tertulis secara tersurat bahkan jauh daripada realiti namun nama sejenis labah-labah beracun yang dikenali Black Widow yang menjadi serangga kegemaran Raja Azmi itu kembali terlintas di fikiran. Ia seperti simbol kesakitan yang melatari kehidupan Raja Azmi sehinggalah berlaku episod keruntuhan rumah tangganya dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek, 49.

Ikatan perkahwinan selama 28 tahun antara penerbit yang lebih mesra dibahasakan Kak Mi dengan Jalani akhirnya menemui noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Rabu lalu.
Jalani atau nama sebenarnya Mohd. Jalani Mohd. Sidek, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi, sehari sebelum itu.

Kebetulan, Rabu lalu jatuh pada hari ulang tahun Raja Azmi yang ke-53. Lantas Raja Azmi menyifatkan perceraian mereka sebagai 'hadiah' daripada Tuhan terhadap segala dosa dan kecuaian yang pernah dilakukan olehnya selama ini.
"Saya percaya perceraian ini adalah hadiah daripada Allah bersempena sambutan hari lahir saya pada hari ini (Rabu). Saya terima hukuman Allah di dunia ini kerana kesilapan saya. Semoga saya tidak dihukum di akhirat nanti. Kami bercerai dengan persetujuan bersama dan anak-anak memahami serta menerimanya. Hubungan saya dan Jalani akan terus baik seperti biasa selepas ini," ungkap Raja Azmi usai prosiding perceraiannya.

Raja Azmi dan Jalani bernikah di Kamunting, Perak, pada 22 Disember 1984. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak, Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18, serta seorang cucu, Mohd. Akid Mohd. Shadan, 1.
Menyingkap semula kronologi penuh dramatik yang pernah dilalui Raja Azmi dan Jalani sehinggalah berakhirnya dengan babak sedih dengan adegan berpeluk serta saling meminta maaf usai disahkan bukan lagi suami isteri, sebuah lagi memori masuk ke dalam ingatan.
Betapa manisnya bunga melur yang berjuntaian di rambut wanita itu dan ciuman kasih Jalani ke pipinya masih jelas dalam ingatan saat tarikh bersejarah ulang tahun kelahiran ke-50 Raja Azmi diraikan penuh kemeriahan bersama sahabat dan kenalan, sekitar tiga tahun lepas. Semoga Raja Azmi dan Jalani bertemu keseimbangan emosi saat masing-masing bergelar janda dan duda.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters