Jom Buat Duit

Tuesday 6 December 2011

Aurelie Moeremans dan Roby Tremonti Sudah Berkahwin?





JAKARTA: Artis remaja, Aurelie Moeremans dan kekasihnya, Roby Tremonti sudah berkahwin tanpa restu orang tua Aurelie.
Secara ringkas, pasangan itu telah kahwin lari.

Perkara itu diakui oleh Roby dan Aurelie. Mereka mengaku bernikah di gereja Katolik Mardi Yuana di Cibinong Jawa Barat, tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapa Aurelie.

“Ya, kami sudah bernikah. Amin. Kami bernikah pada 10 Oktober lalu di gereja Katolik Mardi Yuana Cibinong,” kata Roby ketika dihubungi.

Hubungan cinta Roby dan Aurelie tidak mendapat restu ibu bapa Aurelie. Mereka tidak mahu Roby menjadi teman hidup Aurelie.

Tidak berapa lama dahulu, ibu bapa Aurelie berkata, anak perempuan mereka telah diculik oleh bintang sitkom ‘Police 86’ itu.

Roby juga telah dituduh membasuh fikiran Aurelie. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters