MANILA: Untuk dua tahun berturut-turut, Manny Pacquiao - lelaki yang mempunyai tumbukan emas menang besar sebagai lelaki terkaya dikalangan 287 jutawan yang menjadi anggota Dewan Perwakilan Filipina.
Ketua Seksyen Pengurusan Rekod Dewan, Ricardo Bering berkata, ia berdasarkan kenyataan aset, liabiliti dan nilai bersih (SALN) 2011 yang difailkan sebelum tarikh tutup pada Isnin lalu oleh anggota Perwakilan.
“Nilai kekayaannya meningkat tahun lalu. Dia masih lagi lelaki terkaya di sini,” kata Bering mengenai ahli Perwakilan Sarangani itu, di mana tumbukan kuatnya telah membantunya memenangi lapan gelaran tinju dan kemasyhuran di seluruh dunia.
Bering berkata, Pacquiao yang mempunyai harta persendirian sebanyak 1.134 bilion peso (RM81.5 juta) seperti yang dicatatkan dalam laporan SALN meningkat dalam 2011.
Bering tidak memberikan angka sebenar kerana Ketua Dewan Perwakilan tidak memberikan kebenaran untuk mendedahkan laporan SALN. - Manila Times
No comments:
Post a Comment