Jom Buat Duit

Tuesday 6 December 2011

Aamir Khan & Kiran Rao Dapat Baby Baru Guna Ibu Tumpang







MUMBAI: Pelakon, penerbit dan pengarah filem Bollywood, Aamir Khan menjadi bapa untuk kali ketiga selepas menggunakan khidmat ibu tumpang.
Bayi itu dilahirkan di klinik swasta pada 1 Disember lalu dan berada dalam keadaan sihat. Dia kini tinggal bersama Aamir dan isteri, Kiran Rao di Mumbai, kata jurucakap pelakon itu.

“Bayi itu lahirkan menerusi ibu tumpang. Ia anak pertama Aamir bersama Kiran. Kiran mengalami keguguran beberapa kali pada masa lalu.
“Kerana itu mereka mempunyai alasan perubatan untuk mendapatkan anak menerusi ibu tumpang,” kata jurucakap pelakon itu.

Akhbar internet, Mid-day melaporkan, Aamir dan Kiran mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan kelahiran bayi itu dengan berkata: “Anak itu amat bermakna kepada kami. Kelahirannya sudah sekian lama kami nantikan.” - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters