SEMAKIN berusia semakin matang, semakin lama dalam industri juga
menjadikan dramatis Noorkhiriah Ahmad Sapie menjadi semakin versatil
dengan kariernya. Dia juga tidak gentar berdepan jalan lakonan yang
telah sebati dalam diri walaupun ada pihak pernah memandang sebelah mata
ketika awal-awal dia tampil bertudung hampir setahun lalu.
"Dahulu ada seseorang datang kepada saya dan berkata, suatu hari
nanti saya akan buka tudung juga jika terdesak mahukan tawaran lakonan.
Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih kuat.
"Jika ada yang keliru setelah menyaksikan lakonan saya dalam drama
berjudul Dengan Izinnya, Isnin lalu yang memperlihatkan saya yang tidak
bertudung secara sempurna dan sesekali membuka tudung, penggambaran
drama itu sebenarnya sudah dibikin tahun lepas lagi. Ketika itu saya
baru hendak berjinak-jinak bertudung," katanya bimbang ada peminat salah
faham.
Baru selesai penggambaran drama Sejernih Kasih Ummi terbitan Pujangga
Kreatif, menjelang sambutan Hari Lebaran nanti, Noorkhiriah akan
berhari raya di rumah keluarga mertua di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Dia akan berangkat pulang ke Raub, Pahang untuk beraya dengan keluarga
kandung pada hari raya kedua atau ketiga.
No comments:
Post a Comment