Jom Buat Duit

Tuesday 7 August 2012

Polis cari motif serangan


SEBAHAGIAN penduduk Sikh berhimpun dalam tunjuk perasaan di New Delhi semalam bagi mengutuk serangan di sebuah kuil Sikh di Amerika Syarikat.


OAK CREEK, Wisconsin - Seorang lelaki bersenjata membunuh enam orang dan mencederakan tiga yang lain di sebuah kuil Sikh di Amerika Syarikat (AS) kelmarin sebelum dia ditembak mati dalam serangan yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai satu keganasan domestik.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut melakukan siasatan bagi mengetahui motif serangan.
Media tempatan melaporkan identiti lelaki bersenjata itu sebagai Wade Michael Page yang merupakan seorang veteran tentera AS.

Dipercayai anggota kumpulan rasis kulit putih, lelaki bertatu itu bersenjatakan sepucuk pistol separa automatik dan memakai baju-T putih ketika dia ditembak mati polis AS.
Menurut pihak berkuasa, lelaki berkulit putih, tinggi dan berkepala botak berusia dalam lingkungan 40-an melepaskan tembakan sejurus sebelum upacara keagamaan di sebuah kuil Sikh di sini pinggir bandar Milwaukee pada pukul 10.30 pagi (waktu tempatan).

Tindakan tersebut menyebabkan ramai penganut Sikh bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Beberapa orang saksi berkata, lelaki itu mempunyai tatu 9/11 yang merujuk kepada peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas AS oleh militan Islam.
"Dia mempunyai tatu, saya tidak tahu jika ia membawa sebarang maksud atau ia mewakili mana-mana kepercayaan dan pegangan," kata jurucakap Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan AS, Thomas Ahern.

Seramai empat orang mangsa ditembak mati di dalam kuil tersebut manakala tiga yang lain termasuk suspek terbunuh di luar kuil tersebut.
Ketua Polis Oak Creek, John Edwards berkata, suspek turut menyerang dan menembak seorang anggota polis yang sedang membantu mangsa tembakan.
Anggota polis kedua yang berada ditempat kejadian kemudian bertindak menembak mati suspek.
Sejak serangan pengganas di AS pada 11 September 2001, penganut Sikh kerap disalah anggap sebagai penganut Islam.

Presiden AS, Barack Obama menyatakan beliau sedih dengan kejadian tersebut.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh berasa terkejut dengan serangan itu.
"Ia merupakan tindakan keganasan yang tidak masuk akal," katanya.
Perdana Menteri itu berharap pihak berkuasa akan menyiasat siapa yang mendalangi serangan tersebut.
Sejumlah penduduk Sikh di India turut melakukan tunjuk perasaan bagi mengutuk serangan tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters