Jom Buat Duit
Sunday, 12 August 2012
Mexico juara bola sepak Olimpik
LONDON - Impian bintang-bintang bola sepak Brazil untuk memenangi pingat emas Olimpik buat pertama kali berkecai selepas tewas 1-2 kepada Mexico pada perlawanan akhir di Stadium Wembley semalam.
Pasukan samba itu bermula hambar apabila kesilapan pertahanan Manchester United, Rafael da Silva yang kehilangan bola di luar kotak penalti dihukum Oribe Peralta ketika perlawanan baru bermula 29 saat.
Peralta memanfaatkan peluang tersebut dengan meledak tendangan kencang dari jarak 20 meter bagi menewaskan penjaga gol Brazil.
Ia merupakan gol paling pantas dalam temasya Olimpik sejak rekod mengenai jaringan gol dimulakan pada tahun 1976.
Brazil cuba menguasai perlawanan namun Mexico kebal bertahan dan menafikan beberapa percubaan termasuk daripada penyerang, Neymar dan Leandro Damiao.
Sebaliknya Mexico pula menambah jaringan pada minit ke-75 sekali lagi menerusi Peralta.
Brazil mendapat gol sagu hati pada minit ke-90 namun ia sudah terlewat dan gagal menghalang Mexico membawa pulang pingat emas.
Sementara itu, Korea Selatan menjinakkan seteru utama, Jepun 2-0 untuk memenangi pingat gangsa di Stadium Millennium di sini semalam.
Peledak berbisa Arsenal, Park Chu-Young dan kapten, Koo Ja-Cheol menjadi 'duri dalam daging' buat pasukan lawan apabila masing-masing menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
- Agensi
Labels:
Olimpik London
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment