Jom Buat Duit

Wednesday 1 August 2012

Mayat bayi dalam longkang

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas terkejut selepas menemui mayat bayi lelaki di dalam longkang besar di Taman Salak Jaya, di sini, semalam.
Mayat bayi itu yang dipercayai baru dilahirkan dan cukup sifat serta masih bertali pusat ditemui kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurut saksi yang enggan dikenali berkata, ketika sedang bersenam di sekitar taman, dia ternampak satu objek menyerupai manusia timbul di dalam longkang itu.
Katanya, dia terus mendekati longkang itu dan terkejut selepas melihat objek itu mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang timbul di permukaan air dalam keadaan mengiring.

“Yakin mayat bayi, saya terus memberitahu beberapa penduduk sekitar sebelum seorang menghubungi Balai Polis Salak Selatan Baru,” katanya di sini, semalam.

Saksi berkata, kemungkinan bayi itu dibuang penduduk di kawasan berkenaan memandangkan arus pengaliran air longkang yang perlahan dan cetek.

Menurutnya, mayat bayi yang bertali pusat itu berada dalam keadaan menyedihkan apabila mempunyai kesan lebam di kepala yang berkemungkinan terkena hentakan di simen longkang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, bayi lelaki itu dipercayai diletak ibunya di dalam longkang itu.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters