KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun
bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh
bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam
kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.
Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut
itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan
rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu,
selepas mengadu sakit perut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz
Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya
mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.
Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon
sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.
“Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.
“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia
akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa
bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei
lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.
Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif
mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu
diketahui keluarga.
Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami
sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya
sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa
mengandung tujuh bulan.
“Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat
laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,
namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah
meninggal dunia,” katanya.
Jom Buat Duit
Saturday, 30 August 2014
Thursday, 14 August 2014
Pelawak Veteran, Maidin Ibrahim Meninggal Dunia
Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia
dipercayai akibat serangan jantung selepas menunaikan solat Zuhur di
bilik kediamannya di Kampung Pokok Tai, Gurun, Kedah pada pukul 2 petang
semalam.
Menantunya, Saiful Nizam Saari, 38, yang mengesahkan perkara itu berkata, ibu mertuanya, Habira Ibrahim, 60, yang meninjau ke dalam bilik itu mendapati suaminya rebah dan tidak menyahut panggilannya sebelum disahkan meninggal dunia.
Arwah meninggalkan seorang isteri, lima orang anak dan 12 orang cucu.
Maidin atau mesra dengan panggilan Mamu Maidin dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang mula bergiat dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya sekitar 1950-an.
Allahyarham yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami dan Nana Tanjung pernah membintangi sitkom Salam Pantai Timur.
Beliau juga pernah memenangi anugerah Aktor Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi drama Pinang Durian. Kosmo

Pesawat Dinaiki Calon Presiden Brazil Terhempas
SAO PAULO - BRAZIL. Sebuah jet peribadi yang membawa calon Presiden
Brazil, Eduardo Campos, terhempas di bandar Santos, lapor Reuters.
Menurut kenyataan Tentera Udara Brazil, pesawat Cessna 560XL dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara sebaik ia bersedia untuk mendarat.
Sementara itu, imej televisyen pula menunjukkan kepulan asap dari lokasi kemalangan di kawasan nahas.
Seorang pegawai polis di Santos berkata, kebarangkalian berlaku kematian terhadap nahas adalah tinggi, tetapi jumlah sebenar dan maklumat tambahan masih belum boleh dipastikan.
Campos, 49, adalah bekas gabenor Pernambuco timur laut yang telah mendapat sokongan kira-kira 10 peratus daripada pengundi dalam pilihan raya baru-baru ini.
Beliau telah sendiri diletakkan sebagai berhaluan kiri yang mesra perniagaan dan merupakan sekutu bekas Presiden Dilma Rousseff, yang memohon penggal kedua.
Dalam perkembangan sama, sumber dari Parti Sosialis Brazil mendakwa, pasangan Campos, Marina Silva, tidak berada dalam pesawat berkenaan.

Akaun Bank Mangsa MH370 Digodam
KUALA LUMPUR - Akaun bank empat orang penumpang Penerbangan Malaysia
(MAS) pesawat MH370 didapati telah digodam melibatkan pemindahan wang
berjumlah sehingga RM100,000.
Kejadian tersebut disedari Pengurus Ibu Pejabat Bank HSBC di Leboh Ampang di sini pada 18 Julai lalu apabila mendapati wang daripada akaun empat penumpang MH370 iaitu Tan Size Hiang, 46, Ju Kun, 32, Hue Pui Heng, 66, dan Tian Jun Wei, 29, hilang daripada akaun masing-masing.
Empat pemegang akaun itu merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang daripada imbasan radar ketika pesawat itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac lalu.
Selain itu, pengurus bank sama juga mendapati sebanyak RM35,000 lagi wang daripada akaun Pui Heng turut dipindahkan ke dalam akaun seorang lagi lelaki lain pada 14 Julai lalu.
Pengurus bank tersebut telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu namun sehingga sekarang belum ada tangkapan dibuat.
Size Hiang dan Pui Heng merupakan warga Malaysia manakala Ju Kun dan Jun Wei ialah warga China. Size Hiang ialah pramugara MH370 manakala Pui Heng tidak bekerja. Kosmo

Wednesday, 13 August 2014
Robin Williams meninggal dunia
LOS ANGELES - Pelakon yang pernah memenangi anugerah Oscar, Robin
Williams meninggal dunia di rumahnya di sini disyaki membunuh diri
selepas dia bergelut dengan masalah kemurungan.
Williams, 63, yang turut terkenal di dunia dengan ungkapan 'Nanu, Nanu' dalam siri televisyen Mork & Mindy ditemui meninggal dunia di rumahnya di Tiburon, California.
Seorang jurucakap pelakon tersebut, Mara Buxbaum berkata, pelakon itu baru-baru ini mengalami kemurungan yang teruk.
Aktor itu juga berulang kali bercakap mengenai perjuangannya untuk menangani masalah arak.
Pejabat Syerif Mukim Marin menyatakan, pihaknya menerima panggilan telefon pada waktu tengah hari kelmarin bagi memberitahu Williams tidak sedarkan diri dan tidak bernafas di rumahnya.
Bahagian koroner pejabat itu kemudian mengesyaki Williams mati kerana kekurangan oksigen akibat pernafasan yang terhalang dalam badan.
Pada pagi ini, saya kehilangan suami dan rakan baik manakala dunia kehilangan salah seorang artis paling disayangi serta manusia yang menakjubkan. Saya sesungguhnya amat patah hati," kata isteri Williams, Susan Schneider dalam satu kenyataan.
Di luar rumahnya, orang ramai meletakkan jambangan bunga dan bercakap mengenai keperibadian lelaki tersebut yang pernah mengayuh basikal dan memberikan senyuman ke arah kanak-kanak di jalanan.
Seorang penduduk, Sonja Conti berkata, pelakon tersebut kerap bertanya mengenai anjing peliharaannya yang diberi nama jolokan Dude.
"Dia merupakan seorang lelaki yang normal," katanya.
Pelakon itu pernah berlakon dalam filem-filem blockbuster antara- nya Good Will Hunting, Good Morning Vietnam dan Mrs. Doubtfire.
Satu siasatan bagi mengetahui punca kematian lelaki yang pernah mendapat jolokan sebagai paling kelakar di dunia itu masih berlangsung.
Beberapa minggu sebelum kematiannya, dia pernah dirawat di sebuah pusat pemulihan kerana masalah kemurungan.
Dia pernah menjalani pembedahan sakit jantung pada tahun 2009.
Williams mengalami masalah penagihan kokain pada akhir tahun 1970 atau pada awal tahun 1980.
Dia juga pernah berkahwin dengan Valerie Velardi sebelum mengahwini Marsha Garces.
Selepas bercerai dengan Marsha, dia kemudian mengahwini Schneider.
Pelakon filem Jumanji itu dikurniakan tiga orang anak, Zachary Pym, 31, Cody Alan, 22, dan Zelda Rae, 25.
Williams berkata kepada majalah Parade pada tahun 2013, Williams pernah berkata, dia kembali minum arak pada tahun 2003 selepas 20 tahun meninggalkan minuman keras itu ketika mengikuti penggambaran The Big White.
Dia memenangi anugerah pelakon pembantu filem terbaik dalam filem Good Will Hunting.
Kenyataan terakhir di laman sosial Twitter adalah pada 31 Julai lalu.
Di laman itu, dia pernah mengucapkan selamat hari lahir yang ke-25 kepada anak perempuannya, Rae.
Rae kemudian membalas kenyataan itu dengan menyatakan: "Saya menyintai anda. Saya merindui anda."
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan isterinya, Michelle turut memberikan penghormatan terakhir kepada Williams.
"Williams merupakan seorang doktor, anggota tentera udara, jin, pembantu rumah, presiden, profesor dan Peter Pan," kata Obama
"Dia tiba dalam kehidupan kita sebagai seorang makhluk asing tetapi kemudian menyentuh hati manusia," katanya yang merujuk watak Wiiliams sebagai Mork dalam siri televisyen Mork & Mindy. - Agensi

Tuesday, 12 August 2014
Erdogan menang pilihan raya Presiden Turki
ISTANBUL - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam
bersiap sedia untuk membawa Turki ke era baharu apabila beliau memenangi
pilihan raya Presiden.
Erdogan berkhidmat sebagai Perdana Menteri sejak tahun 2003 sebelum ini berusaha untuk memodenkan Turki dan meningkatkan pengaruhnya di pentas antarabangsa.
Beliau dipercayai akan menjadi Presiden Turki untuk tempoh dua penggal sehingga tahun 2024.
Pilihan raya kelmarin merupakan pilihan raya Presiden pertama yang diadakan dengan penglibatan para pengundi.
Sebelum ini, pemilihan Presiden Turki dibuat oleh anggota-anggota Parlimen.
Beliau menang selesa dengan menewaskan pencabarnya, Ekmeleddin Ihsanoglu, 70, yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam untuk mengelakkan pertandingan pusingan kedua pilihan raya tersebut diadakan.
Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Presiden pada 28 Ogos ini bagi menggantikan rakannya, Abdullah Gul.
Perhatian rakyat kini tertumpu kepada siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, sekali gus menerajui Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) bertanding pada pilihan raya umum pada 2015.
Pada pilihan raya Presiden kelmarin Erdogan memenangi sebanyak 51.74 peratus undi, diikuti 38.46 peratus oleh Ihsanoglu manakala pencabar ketiga, Selahattin Demirtas, 41, mendapat undi sebanyak 9.80 peratus.
Keputusan rasmi pilihan raya itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Peratus pengundi keluar mengundi pada pilihan raya itu adalah tinggi iaitu sebanyak 73.68 peratus.
Menurut perlembagaan, Erdogan perlu meletakkan jawatannya dalam Parti AKP selepas beliau diisytiharkan sebagai pemenang pilihan raya tersebut.
Parti AKP dijangka mengadakan perbincangan peringkat tertinggi untuk memilih ketua dan Perdana Menteri baharu.
Antara calon berpotensi jawatan Perdana Menteri itu adalah Menteri Luar, Ahmet Davutoglu. - Agensi

Monday, 11 August 2014
Wanita direjam di Syria kerana berzina
BEIRUT - Seorang wanita dihukum rejam sampai mati oleh kumpulan
militan Negara Islam (IS) di sebuah taman perbandaran di Raqqa, Syria
pada 18 Julai lalu.
Sebelum itu, wanita berkenaan, Faddah Ahmad dibawa ke taman berkenaan oleh para pejuang militan IS dalam keadaan kepala ditutup dengan kain hitam dan kemudian diletakkan di dalam satu lubang kecil.
Selepas dibacakan kesalahannya yang didakwa telah melakukan zina, dia kemudian direjam dengan batu sehingga mati.
Menurut seorang saksi, tiada seorang pun daripada orang ramai yang berani tampil ke hadapan untuk membaling batu ke arahnya.
"Pejuang-pejuang militan yang kebanyakannya warga asing telah melakukannya sendiri apabila melontar Faddah dengan batu sehingga mayatnya diheret keluar.
"Semasa dia dibaling batu, dia langsung tidak menjerit atau bergerak," kata seorang aktivis pembangkang yang mengaku menyaksikan rejaman yang dilakukan berdekatan stadium bola sepak dan taman Bajaa di bandar Raqqa yang dikuasai oleh kumpulan IS.
Hukuman itu adalah yang kedua dalam tempoh 24 jam. Sehari sebelum itu, seorang wanita, Shamseh Abdullah, 26, mati direjam selepas hukuman yang sama dilakukan. - AP

Subscribe to:
Posts (Atom)