Jom Buat Duit

Tuesday, 25 March 2014

Sebahagian Daripada Mangsa Pesawat MH370




Berikut antara sebahagian penumpang yang menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum dilaporkan hilang dari radar lebih kurang jam dua pagi. Sama - sama kita doakan yang terbaik buat mereka. Sedih sangat2.

529 penyokong Morsi dihukum mati di Mesir

KAHERAH - Sebuah mahkamah di selatan Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 orang penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi kerana membunuh seorang anggota polis dan menyerang polis.

Mahkamah di Minya itu membuat keputusan tersebut semalam selepas hanya dua sesi perbicaraan manakala para peguam tertuduh mendakwa mereka tidak berpeluang untuk mengemukakan hujah pembelaan.

Mereka yang didapati bersalah itu merupakan sebahagian daripada 545 tertuduh yang dibicara atas tuduhan membunuh seorang anggota polis, percubaan membunuh dua anggota polis lain, menyerang sebuah balai polis dan beberapa tindakan ganas lain.

Lebih 150 suspek dihadap ke mahkamah manakala yang lain dibicara tanpa kehadiran mereka.
Seramai 16 lagi dibebaskan daripada semua tuduhan tersebut.

Semua tertuduh ditangkap selepas beberapa demonstrasi ganas yang tercetus susulan operasi polis membanteras tunjuk perasaan pro-Morsi di Kaherah pada Ogos tahun lalu.
Beratus-ratus orang terbunuh dalam keganasan tersebut. - AP

Keluarga tak dapat kawal emosi

BEIJING - CHINA . Seramai 50 pegawai polis dikerah ke Hotel Lido di sini selepas kekecohan tercetus sejurus Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak membuat sidang akhbar pada jam 9.45 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC).

Kebanyakan ahli keluarga penumpang MH370 tidak dapat mengawal emosi mereka selepas Najib mengesahkan pesawat berkenaan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Memetik laporan ABC, keluarga penumpang yang berada di hotel berkenaan dilaporkan menjerit dan meraung kerana tidak dapat menerima kenyataan terbaharu yang merungkai misteri kehilangan sejak 17 hari lalu.

Media tempatan melaporkan, mereka dilihat sangat tertekan hingga ada yang pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.

Jeritan dan tangisan dapat didengar dari luar bilik yang dikhaskan untuk keluarga mangsa.

"Satu insiden perang mulut berlaku antara keluarga penumpang dan wakil dari kerajaan Malaysia," jelas laporan itu.

Namun, situasi tegang dapat dikawal dan dileraikan oleh pasukan perubatan serta anggota keselamatan.

Hotel berkenaan kini dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini tercetus.

Cabaran SAR berdepan lautan 'ganas'

SHAH ALAM –  Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini tertumpu Lautan Hindi, berdepan cabaran sukar memandangkan situasi lautan itu yang ganas, kata bekas Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussein.

Ujarnya, ketinggian ombak yang boleh mencecah 40 kaki dengan angin kuat menambah kesukaran mencari serpihan objek yang dikaitkan dengan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Keletihan pihak SAR dan daya ketahanan kapal mampu bertahan dalam misi terbabit perlu diambil kira.

“Mereka keletihan berdiri di tingkap dengan keadaan pesawat bergoyang-goyang. Dari pangkalan ke kawasan itu juga mengambil masa empat jam, ditambah waktu pergi balik menjadi lapan jam.

“Dengan kapasiti minyak yang ada, mungkin ada dua jam sahaja untuk mencari,” katanya dipetik dalam wawancara  bersama Astro Awani.

Dalam pada itu, mengulas pendedahan transkrip pesawat didedahkan oleh akhbar Britain, Daily Telegraph, Nik Ahmad Huzlan menganggap ia meragukan dan sebagai bahan jenaka.

Menurut beliau, tiada istilah seumpama itu digunakan oleh juruterbang untuk berkomunikasi dengan menara kawalan kerana terma yang digunakan lebih teratur, tepat, padat dan mengikut perundangan.

Jelas beliau, lebih meragukan apabila transkrip itu berdasarkan versi bahasa Mandarin daripada terjemahan bahasa  bahasa Inggeris dengan salinan asal tidak dedahkan.

“Kita tidak bertutur secara beramah mesra dalam komunikasi penerbangan kerana banyak kapal terbang nak guna radio, dan akan ‘jammed’ dan tidak ada peluang orang lain.

"Bahasa yang digunakan juga bukan bahasa juru terbang, tetapi bahasa imaginasi orang yang nak jadi juruterbang sehingga masyarakat fikir inilah bahasa yang diguna pakai sedangkan tidak,” katanya.
Beliau juga berkata, keadaan matahari di sana yang condong dan mewujudkan bayang-bayang  walaupun di waktu tengah hari merumitkan lagi  pencarian menggunakan mata kasar.
Ujar beliau, radio ada ungkapan dan terma tertentu dan mereka  perlu menjalani ujian.

Beliau juga berkata, tidak ada keperluan kepada DCA untuk memberikan pita rakaman itu kepada forensik antarabangsa untuk disiasat.

Butiran perbualan kokpit MH370 bermula dari saat berlepas jam 12.36 pagi hingga mesej terakhir 1.19 pagi pada 8 Mac itu didedahkan oleh, laporan akhbar Daily Telegraph.

Laporan itu mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama menara kawalan dan lain-lain pengawal trafik udara bermula Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari landasan hingga kedudukannya di Laut China Selatan.

Ia juga termasuk pertukaran dari satu lokasi dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, “All right good night”.

Monday, 24 March 2014

Pesawat MAS MH114 Selamat Setelah Dirempuh Sekumpulan Itik

NEW DELHI - INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.
  
Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.
  
Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.
  
Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).
  
Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.
  
Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.
 
"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.
  
Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.
  
Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.
  
“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.
  
MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.
  
Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.
  
“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu.
  
Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.
  
Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.
     
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
  
Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.
  
Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.
  
"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Bernama

Imej satelit China mungkin sayap pesawat

PERTH - Sebuah objek besar yang dikesan sebuah satelit China pada 18 Mac lalu di selatan Lautan Hindi mungkin sebuah sayap pesawat penerbangan, kata seorang felow dari Universiti Kebangsaan Australia, John Blaxland.

Blaxland yang bertugas di Pusat Kajian Pertahanan dan Strategik di universiti berkenaan menyatakan objek tersebut berukuran 22.5 meter panjang dan 12 meter adalah menyamai panjang satu sayap Boeing 777.
Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang itu merupakan model Boeing 777-200ER.

Ketika ditanya sama ada objek yang dikesan sebuah satelit milik China itu mungkin sama dengan objek yang dikesan sebuah lagi satelit, Blaxland berkata, ia kelihatan objek yang berbeza.
"Ia kelihatan sama. Namun, jika ukuran itu adalah betul, objek (dikesan satelit China) mungkin lebih lebar," katanya ketika diwawancara agensi berita Xinhua kelmarin.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) sebelum ini mengeluarkan gambar satelit yang menunjukkan objek sepanjang 24 meter panjang pada 16 Mac lalu yang dianggap sebagai petunjuk terbaik untuk mencari pesawat MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Kerajaan China mengeluarkan satu gambar yang dikesan menerusi satelit pada 18 Mac lalu.
Objek itu terletak 120 kilometer ke barat objek yang dikesan oleh sebuah satelit yang terlibat dalam misi mencari yang diselaraskan Australia.

Menurut Blaxland, dua objek itu kemungkinan tidak sama kerana arus Lautan Hindi bergerak dari barat ke
timur.

Namun, dia kemudian menghantar e-mel kepada agensi berita Xinhua dengan menyatakan, gambar imej terbaharu tersebut bukan berada di barat tetapi di kawasan selatan pencarian kapal terbang MH370 yang kini dilakukan beberapa buah pesawat.

Pesawat MAS itu hilang sejak 8 Mac lalu ketika ia dalam penerbangan ke Beijing, China.
Sebanyak 227 dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu yang hilang ketika ia perlu melaporkan kedudukannya kepada menara kawalan di Vietnam. - Agensi

Sunday, 23 March 2014

Lima terkorban pesawat terhempas

SYDNEY - Seorang juruterbang dan empat peluncur udara terkorban apabila sebuah kapal terbang ringan Cessna 206 terhempas dan terbakar semasa berlepas di Lapangan Terbang Caboolture, timur Australia semalam.

Seorang pegawai polis Queensland, Michael Brady memberitahu Sky News, seorang juruterbang lelaki, dua pengajar peluncur udara dan dua peluncur udara terkorban dalam nahas tersebut.
Pesawat itu terbabas ke kirii sebelum terjunam di landasan selepas ia berlepas.
Punca kejadian masih lagi disiasat. - Agensi

Klik Untuk Saya k... :)

free counters