Jom Buat Duit

Thursday, 5 July 2012

Kemenangan Jaekyung

JAEKYUNG Rainbow baru-baru ini berhadapan dengan satu gosip yang telah menyentak dirinya. Sebuah klinik yang menawarkan perkhidmatan bedah plastik telah menggunakan gambarnya sebagai promosi mereka terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Ia menunjukkan imej Jaekyung sebelum dan selepas dibedah.

Tersentak dengan hal itu, Jaekyung segera mengambil langkah tegas dengan membawa kes tersebut ke mahkamah dan tindakannya berbaloi apabila dia memenangi kes tersebut.
Jaekyung berjaya memenangi ganti rugi tersebut kerana ia memberi kesan terhadap mental penyanyi itu selain memberi satu gambaran bahawa dia benar-benar menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.
Selain itu, klinik tersebut juga gagal memberi bukti kukuh bahawa Jaekyung pernah melakukan pembedahan plastik di premis mereka.
"Klinik tersebut harus membayar sekitar RM80, 000 kepada Jaekyung sebagai kos ganti rugi terhadap perbuatan mereka," ujar satu sumber tentang keputusan pihak mahkamah yang dibuat pada 2 Julai lalu

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters