TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Begitulah
ungkapan yang layak ditujukan buat bekas peserta program realiti Pilih
Kasih musim kedua ini, Cristina Suzanne atau nama penuhnya Cristina
Suzanne Stockstill.
Mula menempa nama melalui drama Bicara Hati, bakat Cristina Suzanne
atau lebih mesra disapa sebagai Cris kelihatan sedikit demi sedikit
melalui drama-drama lakonannya seperti Kasih Najihah, Dia Bukan Mariam,
dan Memberku Hawa.
Seorang yang peramah, mudah mesra dan berterus terang membuatkan
sesiapa sahaja mudah mendekati wanita berusia 27 tahun ini. Tidak
dinafikan, ketika sesi temu ramah dijalankan juga, penulis berasa amat
senang berbicara dan Cris sentiasa terbuka dalam menjawab apa juga
persoalan yang dilemparkan kepadanya.
"Saya memang seorang yang terbuka dan memang tidak dinafikan
perwatakan saya juga tidaklah selembut mana. Pada hari biasa, saya lebih
selesa memakai jean dan kemeja T sahaja," tuturnya semasa ditemui dalam
sidang akhbar sebelum penggambaran filem sulung penglibatannya, Jwanita
yang bertempat di Paradiso Cine Lounge, Publika, Solaris Dutamas, Kuala
Lumpur.
Setelah dua tahun pembabitannya dalam dunia lakonan, Cris telah
diberi kepercayaan sekali lagi oleh penggarap filem pecah panggung,
Ombak Rindu iaitu Osman Ali bagi memegang watak utama sebagai Julaika
dalam filem berjudul Jwanita. Selain Chris, filem tersebut turut
dibintangi Maya Karin, Bront Palarae dan Marsha Milan Londoh.
Mengakui terasa kecil apabila namanya terpilih untuk berdamping
dengan nama-nama besar industri perfileman, dia bagaimanapun berasa
syukur kerana walaupun agak baharu dalam bidang ini, Osman berani
mempertaruh kredibilitinya untuk naskhah terkini beliau.
Dalam filem tersebut, Cris memegang watak sebagai seorang isteri
kepada doktor yang bernama Dr. Farhan, lakonan Bront Palarae yang juga
merupakan seorang ibu urban yang berkerjaya yang mempunyai dua orang
anak.
"Ini merupakan filem pertama saya dan memegang watak utama. S
No comments:
Post a Comment