JENNIFER LOPEZ dalam satu persembahan bersama penari pengiringnya termasuk Casper Smart (paling kiri).
JENNIFER LOPEZ telah dilayan bagai seorang permaisuri oleh
kekasihnya, Casper Smart. Bintang jelita latin yang juga juri program
realiti TV American Idol itu menjalinkan hubungan dengan penari
pengiringnya itu sejak enam bulan lalu.
Smart bagaimanapun bijak menawan hati Lopez. Satu sumber memberitahu
majalah People: "Casper melayan Jennifer seperti seorang permaisuri. Dia
memberi seluruh perhatian hanya untuk Jennifer."
Dalam pada itu, Lopez yang merupakan ibu kepada anak kembar berusia
empat tahun, Max dan Emme hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Marc
Anthony baru-baru ini mengakui dia berasa dirahmati jika dikurniakan
anak lagi di masa depan.
Katanya: "Jika berpeluang melahirkan anak lagi di masa depan, saya
akan berasa dirahmati. Namun sekarang ini saya hanya mahu memberi
tumpuan kepada Max dan Emme."
Lopez juga mengakui dia mungkin mengambil anak angkat selepas melalui
pengalaman berlakon dalam filem terbaharunya, What To Expect When
You're Expecting.
"Filem tentang pengambilan anak angkat itu membuatkan saya terbuka hati pula untuk mengambil anak angkat," akuinya lagi.
No comments:
Post a Comment