Jom Buat Duit

Wednesday, 16 May 2012

Jamal tiada istilah bersara


JAMAL ABDILLAH memotong kek sempena hari jadinya yang ke-53 pada majlis yang diraikan oleh Warner Music Malaysia.


SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi tinggi lampai bersuara merdu, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali. Memiliki aura tersendiri ketika mengadakan persembahan, memang bersesuaian gelaran Raja Pop Malaysia yang diberikan untuknya.
Meskipun telah hampir 30 tahun berkecimpung dalam karier sebagai penyanyi, tarikan Jamal tidak pernah luntur. Buktinya dirinya masih digilai wanita tidak kurang juga kaum lelaki dengan pesona dan bakat yang ditonjolkan oleh lelaki ini.

Demi menghargai bakat dan kariernya dalam bidang seni selama ini, Warner Music Malaysia telah menganjurkan majlis hari jadi buat Jamal di Restoran Dareen, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
"Ia sesuatu yang memeranjatkan kerana buat julung kalinya Warner Music meraikan hari jadi saya yang disertai oleh peminat.
"Boleh dikatakan, saya boleh agak kerana tarikh pun hampir, namun apa yang mengejutkan saya ialah ia disertai oleh peminat saya," tutur Jamal yang terharu dengan kejutan yang diberikan oleh peminatnya.

Ditebak mengenai hajatnya setelah menjangkau umur 53 tahun, bicara Jamal, harapannya ialah dia ingin berada di persada seni sehingga ke hujung nyawa, dengan maksud tidak mahu bersara.
Tutur anak kelahiran Ipoh, Perak ini lagi, dia merasakan bakat yang ada pada dirinya belum lagi diasah dan digunakan sepenuhnya. Banyak lagi perkara yang ingin dicapainya selama bergelar anak seni dan apa yang dilihat hanya sebahagian daripada bakat yang ada dalam diri.
"Saya minat dengan lagu jazz, rock dan hindustan. Saya juga gemar bermain piano dan gitar. Namun, saya rasakan di saat ini, saya masih belum mencabar sepenuhnya bakat yang saya ada selama ini.
"Buat permulaan, single terbaharu saya, Bahagia Sementara diterbitkan sendiri bersama (penerbit) Razman. Warner Music pula bertindak selaku pengedar dan membuat promosi.
"Perbezaan buat sendiri ia lebih sukar jika dibandingkan dengan dilakukan oleh orang lain," tutur Jamal.

Tambahnya, apabila proses tersebut dilakukan sendiri, selain lebih rumit, masa yang diperlukan juga panjang. Contohnya, dia sendiri perlu berjumpa dengan komposer dan penulis lirik. Namun, kepuasan berbeza dapat dicapai hasil dari kerja yang dilakukan sendiri.

Suka cara Malique
Semasa awal kemunculannya, sekelip mata lagu Aku Maafkan Kamu menjadi siulan pendengar tidak kira yang muda mahupun yang telah berusia.
Sehingga kini, apabila berkumandang di corong-corong radio, lirik dan suara merdu Jamal pasti membuatkan pendengar ingin mendengar sehingga ke akhir lagu.
Buktinya, klip video tersebut telah mencapai jumlah penonton tertinggi dengan jumlah angka melebihi tiga juta penonton.

Bagi Jamal sendiri, Malique merupakan seorang lelaki yang pintar di mana kesemua ayat yang diselitkan dalam lirik lagu itu adalah menjangkaui pemikiran.
Jika diberi peluang untuk bekerjasama dengan Malique, dia tidak akan teragak untuk menerima tawaran tersebut.
Selain Malique, Jamal juga ada meluahkan hasratnya untuk bekerja bersama dua orang komposer hebat iaitu Ramli M.S serta M. Nasir jika diberi peluang

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters