Jom Buat Duit

Tuesday, 13 December 2011

Sentuhan Penyanyi, Pemuzik Berbakat - Dennis Lau



TARIKAN populariti K-Pop terus mendapat perhatian apabila artis tempatan, Dennis Lau tampil berkolaborasi bersama artis Korea, Lee An.
Pemain biola berbakat besar, Dennis bergandingan bersama penyanyi Korea itu menerusi single baru mereka bertajuk Love Like This.

Lee An yang berpangkalan di Singapura, kali pertama bekerjasama dengan artis Malaysia, menulis lirik dan menyanyi lagu ini dalam bahasa Korea.

Kata Dennis, idea mewujudkan kolaborasi ini timbul sewaktu dia melancarkan album sulungnya bertajuk DiversiFY di Singapura pada Februari, tahun lalu.


“Lagu Love Like This dicipta kerana mendapat peluang. Saya diperkenalkan kepada Lee An ketika beliau menjadi pengacara program pelancaran album saya. Jadi, kami bersua dan berbincang membuat satu muzik yang keluar daripada arus R&B dan pop.

“Sebaik bersetuju, Lee datang ke Malaysia untuk proses rakaman lagu ini yang turut menampilkan artis rap Malaysia, Altimet.

“Lagu Love Like This unik dengan bunyi tersendiri malah mendapat sokongan bekas institusi pengajian tempat saya belajar iaitu University College Sedaya International (UCSI) dan Sony Music Entertainment.

“Lebih membanggakan, kami akan memulakan penggambaran muzik video pada 23 Disember ini, menampilkan seorang blogger dan model kacukan Cina, Indonesia dan Peranakan dikenali sebagai Fay Hokulani.

“Kami juga tidak bercadang meletakkannya dalam YouTube untuk populariti demi menjaga hak ekslusif diberikan label rakaman,” katanya pada sesi Chit Chat Session Dennis Lau dan Lee An di My Cookbook Restaurant, Sunway Giza, Petaling Jaya, minggu lalu.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Urusan Sony Music, Adrian Lim.

Dennis Lau memulakan karier seni selaku pemain biola bergandingan bersama James Boyle dan The Ragged Tigers di Penang Island Jazz Festival pada 2006.

Dia juga pernah membuat persembahan solo bersama Simfoni Orkestra Universiti Malaya (UM) dan meraih anugerah Produser Terbaik bersama Yuri Wong pada Vima 2009.

Tahun ini, Dennis menjadi ‘opening act’ bagi Adam Lambert Glamnation Concert di Stadium Bukit Jalil dan beberapa kali tampil untuk Festival Fesyen Islam di London, Singapura dan Kuala Lumpur.

Dennis memiliki keunikan tersendiri menerusi biolanya kerana menggesek instrumen berbentuk ‘V’ yang berbeza daripada biola konvensional digunakan dalam industri.

Lee An, penyanyi K-Pop yang berpangkalan di Singapura, melancarkan album pertamanya bertajuk The Birth 2007 memuatkan sembilan lagu dengan irama Latin dan balada.

Dia menghasilkan album kedua bertajuk Us, dengan tiga lagu dinyanyikan dalam bahasa Korea dan Mandarin dengan dia menulis salah satu lirik lagu terbabit.

Lee An yang dikenali di Singapura dan Indonesia berharap lagu dan nyanyiannya dapat menjangkau lebih ramai peminat dan pendengar menerusi suara ikhlas dimiliki.

“Saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Dennis kerana berbakat besar dan sentiasa berse�mangat membuat sesuatu yang baru.

“Selain itu, kerjasama ini membolehkan saya memandang ke masa depan lebih baik memandangkan sam�butan muzik K-Pop mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia. Ini peningkatan baru kerana album saya sebelum ini hanya menembusi Indonesia dan Singapura,” katanya.

Kata Adrian pula: “Dennis? Dia seorang yang kreatif dan memiliki ‘jus-kreativiti’ yang memberi inspirasi kepada orang lain. Dia sentiasa bekerja keras dan serius terhadap apa mahu dilakukan.

“Single dibuatnya kali ini merentasi sempadan pen�dengar dan saya harap dia dapat menghasilkan kolaborasi bersama pelbagai artis lain tanpa mengira genre.

Kami mungkin bercadang membuat peraduan mengenai muzik video Love Like This
yang bakal dihasilkan.”

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters