Jom Buat Duit

Tuesday, 13 December 2011

Pembela Minta Nilai Semula kredibiliti Saiful



KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Mahkamah Tinggi menilai semula kredibiliti bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi menentukan kebolehpercayaan keterangannya yang didakwa menimbulkan keraguan.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, 64, dalam hujah penggulungan di peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, berkata keterangan Mohd Saiful Bukhari tidak boleh dipercayai dan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan melalui bukti dikemukakan.

Beliau berhujah, kredibiliti Mohd Saiful Bukhari (SP1) sebagai saksi utama dalam kes itu sebahagian besarnya rosak dengan pendedahannya sendiri berhubung kejadian liwat yang didakwa berlaku.
“SP1 masih muda, berusia 23 tahun dan cukup kuat untuk menepis perbuatan didakwa dilakukan tertuduh, tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia tidak menunjukkan tanda mengalami tekanan selepas mendakwa kejadian itu berlaku di dalam bilik, malah memakan karipap selepas itu. Dia berada bersama tertuduh selama 20 minit.

“Mohd Saiful Bukhari mempunyai peluang mengadu dengan penghuni bertentangan dengan tempat kejadian, tetapi sebaliknya dia menaiki lif dan tidak membuat aduan kepada pengawal. “Keesokan harinya, dia sendiri menghadiri upacara di ibu pejabat baru Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Tropicana serta hadir ke mesyuarat di kediaman tertuduh,” katanya.

Karpal berkata, tindakan Mohd Saiful Bukhari sendiri bertentangan dengan dakwaan beliau kejadian yang berlaku bukan dengan kerelaannya.

Pembelaan diketuai Karpal menggulung hujah di akhir kes Anwar yang diperintah membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, di Unit 11-51-1, Kondominium Desa Damansara, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara jam 3.10 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dalam hujahnya lagi, Karpal berkata, dakwaan Mohd Saiful kejadian liwat yang didakwa berlaku dengan ‘laju dan rakus’ di lantai bilik tidur, tidak ditimbangkan dengan teliti oleh mahkamah.
“Saksi pembelaan, Pakar Ortopedik dan Tulang Belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland berjaya mencabar keterangan saksi itu dengan bukti bahawa Anwar tidak mungkin boleh melakukan pergerakan lasak atau kasar membabitkan bahagian pinggang berikutan anak guam saya mengalami artritis dan kerosakan saraf. “Menurut keterangan saksi itu, selepas Anwar menjalani pembedahan tulang belakang pada 2004, keadaannya beransur pulih iaitu boleh berjalan dengan baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters