BARU-baru ini, geosains telah menyelesaikan misteri
sejak lebih 10 tahun lalu tentang bagaimana tasik besar dengan berbilion
gelen air yang berada di atas kepingan ais di Greenland boleh hilang
sepenuhnya dalam beberapa jam.
Menurut Live Science, pada tahun 2006, North Lake Greenland seluas 5.6
kilomerer persegi, melenyapkan hampir 45 bilion liter dalam tempoh hanya
dua jam.
Dalam satu kajian diterbitkan dua tahun kemudian, penyelidik
menyimpulkan bahawa fenomena itu mungkin terjadi kerana keretakan hidro
di bawah kepingan ais menyebabkan lautan air menjadi kosong.
Menerusi imej satelit, jelas menunjukkan kira-kira 13 peratus daripada
air tasik mengalir dengan cepat dan menjadi kosong sepenuhnya dalam
tempoh 24 jam.
Dalam kajian pada tahun 2008 yang diketuai Laura Stevens, seorang
saintis Woods Hole Oceanographic Institution (WHOI) menunjukkan bahawa
keretakan hidro sementara menyebabkan aliran berlaku pada skala besar.
Bagaimanapun, kajian gagal mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan keretakan hidro tersebut.
No comments:
Post a Comment