CHINA. Mempunyai rupa paras cantik bak ‘supermodel’, namun siapa sangka
si gadis yang bernama Han Biyao ini 'bekerja' sebagai pengemis.
Han Biyao merupakan seorang gadis Tionghua, disebut-sebut sebagai pengemis tercantik di dunia.
Di mana sebalik rupa parasnya yang rupawan, ada kisah tragis yang pernah melanda dirinya.
Memetik laporan Rocket News baru-baru ini melaporkan, bahawa sebelum meninggal ayah Biyao merupakan seorang jutawan.
Sepeninggalan ayahnya menyebabkan ibunya jatuh sakit sehingga tidak mampu bekerja bagi menyara hidup.
Keperitan keluarga Biyao tidak terhenti di situ, apabila dilaporkan
bahawa keluarga itu dihimpit dengan hutang hingga mencecah ratusan ribu
yuan, hingga hampir memaksa Biyao untuk menjual keperawananya dek kerana
untuk melangsaikan hutang tersebut.
Itulah kehidupan, hidup bagai roda kadangkala di atas kadangkala di
bawah, itulah terjadi kepada Biyao di mana dahulu hidupnya dikelilingi
dengan harta.
Namun dalam sekelip mata gadis berwajah cantik ini jatuh miskin dan
hidup menderita, Biyao mengaku pernah bekerja sebagai seorang pelayan
restoran demi menyambung hidup dan merawat ibunya.
Kini, Biyao memilih menggunakan kelebihan suaranya untuk menjadi
penyanyi selain masih mengemis di sudut-sudut kota metropolitan Beijing,
China.
No comments:
Post a Comment