LOS ANGELES - Bintang terkenal, Miley Cryus yang mencetuskan pelbagai
kontroversi baru-baru ini mengaku bahawa dia menghisap ganja, lapor
akhbar New York Daily News kelmarin.
Penyanyi berusia 20 tahun itu membuat pengakuan tersebut menerusi wawancara dengan majalah Rolling Stone edisi 10 Oktober ini.
Bekas bintang Studio Disney, Hannah Montana memberitahu majalah itu
bahawa ganja merupakan dadah terbaik di dunia berbanding dadah-dadah
lain.
Cyrus pernah dilaporkan menghisap rokok yang dipercayai mengandungi
ganja pada April lalu semasa dia bersama beberapa rakan bercuti di
Miami.
Pada Februari lalu, sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram
turut mencetuskan kontroversi kerana ia kelihatan seperti Cyrus
menghisap rokok ganja.
Namun, bekas tunang aktor terkenal, Liam Hemsworth itu menafikan berita berkenaan.
Cyrus semakin popular selepas kontroversi dia berbogel dan berpakaian seksi menerusi video muzik Wrecking Ball dan Nothing Compares 2 U. - Agensi
No comments:
Post a Comment