TAMPIN - Empat orang termasuk tiga beranak menemui ajal
selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 4, Jalan Tampin-Gemas di sini
malam kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, H. Duraiswami, 34, isteri, A.
Mere Minna, 37 dan anak lelaki mereka, Kugan, 2, maut di akibat cedera
parah di kepala dan badan.
Turut terkorban dalam kejadian itu ialah rakan Duraiswami yang dikenali sebagai Samugam, 60.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata,
kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika tiga beranak itu yang menaiki
sebuah motosikal berhenti di bahu jalan untuk berjumpa dengan Samugam.
Katanya, secara tiba-tiba sebuah lori dari arah belakang dipercayai terbabas dan merempuh kesemua mangsa tersebut.
"Ekoran kejadian itu, Mere Minna dan anaknya maut di tempat kejadian
manakala suami mangsa dan seorang lagi pejalan kaki disahkan mati ketika
mendapat rawatan di Hospital Tampin," katanya di sini semalam.
Katanya, pihaknya menahan seorang pemandu lori berusia 31 tahun bagi
membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
No comments:
Post a Comment