Jom Buat Duit

Sunday, 6 May 2012

Rezeki terpijak Syatilla


DIPERKENALKAN sebagai pelakon menerusi siri drama debutnya, BFF…Teman Tapi Mesra sekitar Januari lalu, Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 21, cepat disambar sensasi. Perlakuannya beraksi seksi untuk sebuah iklan pakaian dalam jenama terkenal bertebaran di internet dan tempiasnya, pucuk muda itu berdepan persepsi kurang manis.

Sekadar mahu menjenamakan diri dengan nama pentas Syatilla Melvin, pelakon berasal dari Parit Buntar, Perak itu sudah pun akur atas salah percaturan yang dibuat. Sementelah kata Syatilla, dia langsung tidak menjangka akan bergelar seorang pelakon seperti hari ini.

"Dalam fikiran, saya hanya akan terlibat dalam bidang peragaan. Saya sendiri tiada asas lakonan, belajar pun sampai Sijil Pelajaran Malaysia sahaja. Habis belajar, saya datang ibu kota untuk mencari rezeki.

"Cuma selepas menyertai (pertandingan mencari) Dewi Remaja pada tahun lepas, rangkaian kenalan saya mula bertambah. Saya dapat peluang berlakon pun daripada seorang jurusolek, namanya Deqsha. Dia yang kenalkan saya kepada penerbit dan pengarah drama BFF yang kebetulan sedang mencari seorang pelakon tambahan. Saya diminta datang ke lokasi, diberi penerangan dan terus masuk set untuk berlakon," cerita Syatilla tentang jejaknya dalam bidang lakonan.

Bermula dengan rezeki terpijak, lakonan beri kehidupan baharu kepada Syatilla. Bersambung ke lokasi Lara Hati yang sedang menemui penonton di TV9, Syatilla tidak mempersia-siakan peluang yang terhampar depan mata.

Usai berehat seketika, dia kini mempersiapkan diri untuk turun semula ke lokasi sebuah telemovie yang akan dijadualkan penggambaran, pertengahan Mei nanti.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters