KUALA LUMPUR: Misteri bau busuk yang dihidu dari bawah rumah sebuah
flat terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki yang sudah berulat,
tengah hari semalam.
Mangsa, Ahmad Dahalan, 66, dipercayai meninggal dunia seminggu lalu
ketika bersendirian di rumahnya di tingkat 4 sebuah flat di Taman
Melati, dekat sini.
Menurut adik mangsa, Siti Zainah
Dahalan, 59, abangnya yang juga bekas kakitangan Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tinggal bersendirian di rumahnya
kerana tidak berkahwin.
“Kali terakhir saya menjenguk abang pada 21 November lalu, namun
tidak berjumpa dengannya kerana dia tiada di rumah ketika itu,” katanya.
Jiran mangsa, Najib Asri Nordin, 30, berkata, kali terakhir dia
berjumpa mangsa kira-kira seminggu lalu di tangga flat berkenaan.
“Saya baru pulang dari bercuti seminggu dan terkejut mendengar berita
kematiannya memandangkan seminggu lalu dia kelihatan sihat dan ceria,”
katanya.
No comments:
Post a Comment