PADA pagi yang indah, sebaik terjaga daripada tidur, seorang wanita
berusia 72 tahun terus ke halaman dan mengambil kapak yang tersandar di
dinding, masuk balik dan menetak dahi suaminya yang masih lena dua kali.
Dia membunuh suami yang dikahwininya selama 50 tahun.
“Selepas itu saya mandi, pakai baju cantik, ambil ubat dan pergi ke
balai polis untuk buat aduan,” kata wanita bertubuh kecil dan berambut
pendek itu, mengimbas semula kejadian maut pada Mac 2008.
Dia kini dipenjarakan di satu-satunya penjara khas wanita di Serbia
yang dibina pada 1874 di timur bandar Pozarevac dan hanya mahu dikenali
sebagai Milica (nama samaran) bagi melindungi keluarganya.
Punca utama dia bertindak nekad membunuh suaminya ialah kerana
sudah tidak tahan dengan penderaan yang dialami apabila dia dipukul dan
diseksa selama berpuluh tahun.
“Saya sudah tidak boleh bersabar. Sama ada dia atau saya yang
mati. Saya tahu ia salah tapi sudah terlewat. Saya menyesal,” katanya
berbisik sambil mengalirkan air mata.
No comments:
Post a Comment