Jom Buat Duit

Thursday 8 December 2011

KD Tun Razak Dapat Perhatian




LANGKAWI: Kapal selam kedua negara, Kapal Diraja (KD) Tun Razak yang berlabuh di jeti Awana Porto Malai (APM), antara yang menjadi perhatian tetamu diraja serta kenamaan yang berkesempatan meluangkan masa melawat kapal di sini, semalam.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang tiba di jeti APM pada jam 4.30 petang, meluangkan 40 minit melawat kapal itu dan ketibaan baginda disambut Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas hadir sama menyaksikan kecanggihan kapal berkenaan.
KD Tun Razak adalah kapal selam kedua negara yang memeriahkan segmen maritim bersama 12 kapal perang luar negara dan lebih 15 kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta lima kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Malaysia antara beberapa negara di dunia yang memiliki kapal selam, selepas kapal selam pertamanya iaitu KD Tunku Abd Rahman tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009 dan turut sama menyertai Lima 2009.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters