Jom Buat Duit

Sunday, 16 September 2012

Putera William saman majalah Closer

LONDON – Pewaris kedua takhta Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton bertindak menyaman majalah Closer dari Perancis, kata keluarga diraja itu kelmarin.
Saman itu dilakukan selepas majalah tersebut menyiarkan gambar separuh bogel Middleton berjemur bersama suaminya di sebuah rumah di Provence, Perancis.
Gambar itu dirakamkan oleh paparazi dari tepi sebatang jalan yang terletak sejauh 0.8 kilometer dari rumah tersebut.

Majalah itu milik syarikat bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang terkenal dengan skandalnya dengan wanita muda.
Sebuah akhbar mingguan Itali, Chi yang juga milik Berlusconi akan turut menyiarkan gambar separuh bogel Middleton.
Midlleton menggunakan gelaran Duchess of Cambridge selepas berkahwin dengan William.
– Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)