Jom Buat Duit

Sunday 9 September 2012

Collin cari kekasih baharu

PELAKON filem Total Recall, Collin Farrel seakan-akan tidak mampu lagi untuk hidup dengan membesarkan anak lelakinya, James secara bersendirian. Khabarnya, dia kini sedang berusaha untuk mencari teman hidup baharu.

Aktor itu ternyata sudah bosan hidup solo dan berharap untuk memiliki seorang wanita yang boleh menjaga kehidupannya agar lebih teratur.

Menurut Colin, wanita yang dicarinya itu bukanlah susah untuk ditemui kerana dia bukan jenis yang terlalu memilih. Sekurang-kurangnya kata Collin, wanita tersebut mestilah baik hati, memberi perhatian kepadanya dan sukakan suasana humor.

"Saya sedar bahawa saya semakin tua dan tidak tenang bila hidup sendirian. Jadi saya mahu ditemani seorang wanita yang baik, memahami dan suka ketawa. Yang penting dia mesti baik hati," kata Colin kepada majalah Hello!

Colin pernah dikaitkan dengan penyanyi, Amelia Warner pada penghujung 2001. Dia juga menjalinkan hubungan dengan model Amerika Syarikat, Amelia Warner dan memperoleh seorang anak, James.

Lelaki berusia 36 tahun itu turut dikaitkan dengan sejumlah wanita selepas itu. Namun dia bersendirian sejak 2009.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters