Jom Buat Duit

Saturday 8 September 2012

Nikita enggan terus menjanda

NIKITA MIRZANI, 26, mengaku kehidupannya cukup sukar selepas lima tahun menjanda dengan memiliki seorang anak. Justeru, dia berazam untuk bernikah lagi.
“Saya memerlukan seorang pendamping hidup yang baharu dan mampu menerima semuanya tentang kehidupan saya,” ujar Nikita tanpa selindung.
Tambah pelakon tersebut, dia berharap dapat berkahwin semula pada usia 28 tahun. Katanya: “Umur saya sekarang 26 tahun, jadi saya ada tempoh dua tahun lagi untuk berkahwin semula.”
Walaupun teringin untuk berkahwin semula, dia tak pernah merungut kerana terpaksa menguruskan anaknya seorang diri.
Mengakui pada awalnya sedikit sukar mengurus anak dan karier sekali gus, namun kini semuanya telah biasa dilakukan dan menganggap ia tidak lagi sesuatu yang merumitkan.

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters