Jom Buat Duit

Thursday, 6 September 2012

Bayar RM200 kerana pukul isteri


MOHD. AFZARIZAL dan Aryati meninggalkan Mahkamah Majisteret Kota Bharu semalam selepas kes mereka selesai.


KOTA BHARU – Pertelingkahan sepasang suami isteri berakhir di Mahkamah Majistret di sini semalam dengan si lelaki diminta membayar kompaun RM200 kepada isterinya sebagai hukuman atas kesalahan memukul mangsa menggunakan antena televisyen.
Buruh binaan, Mohd. Afzarizal Mohd. Diah, 37, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu membayar wang kompaun tersebut kepada isterinya, Aryati Yaacob, 37, di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor ketika kedua-duanya diminta tampil ke depan.

Lebih syahdu, selepas wang kompaun tersebut diserahkan kepada Aryati, mereka berdua secara spontan bersalaman dan wanita itu terus mengucup tangan suaminya.
Mohd. Afzarizal didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Aryati di rumah mereka di Berek 12, Jalan Hospital di sini pada pukul 10 malam, 3 Jun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan setahun atau dengan denda sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, sewaktu kejadian, Mohd. Afzarizal dan Aryati bergaduh berpunca daripada mangsa yang menegur suaminya yang merosakkan televisyen.
Mohd. Afzarizal yang begang dengan teguran tersebut memukul Aryati menggunakan antena televisyen

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)