Jom Buat Duit

Friday 14 September 2012

Psy ajar Britney Spears tarian kuda


AKSI penyanyi rap, Psy semasa mengadakan persembahan pada festival lagu Asia di bandar Yeosu, Korea Selatan pada 3 Ogos lalu. 
 

SEOUL - Penyanyi rap Korea Selatan yang menjadi terkenal dengan mendadak di Amerika Syarikat (AS), Psy mengajar bintang sensasi, Britney Spears (gambar) menari tarian kuda Isnin lalu, lapor akhbar New York Daily News.
Dia memberi tunjuk ajar tarian dalam muzik video Gangnam Style itu semasa muncul dalam program bual bicara tempatan popular, The Ellen DeGeneres Show.
Kehadiran Psy menyebabkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Ops I Did It Again terkejut.
Psy yang berusia 34 tahun muncul dengan gaya sinonimnya, kot dan seluar hitam bersama kasut tenis.

Sebelum ini Spears, 30, menghantar mesej di laman Twitter menyatakan hasratnya mempelajari tarian kuda dengan betul.
Aksi penyanyi berbadan gempal itu turut mendapat perhatian selebriti terkenal Katy Perry serta pengurus Justin Bieber, Scooter Braun.
Klip video Gangnam Style kini telah ditonton lebih 150 juta kali di YouTube.
Bahkan, populariti Psy melonjak di AS selepas muzik videonya itu dimuat naik pada Julai lalu.
Minggu lepas, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-Sang turut diberi penghormatan menari tarian kuda di Anugerah Muzik Video MTV di Los Angeles. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Klik Untuk Saya k... :)

free counters